Hidayah Centre Johor

Hidayah Centre Johor
Pusat Sokongan Saudara Baru

Wednesday 18 December 2013

Soalan-soalan Lazim yang Ditanya oleh Bukan Muslim Bahagian 2 : Poliandri

Soalan : Jika lelaki dibenarkan beristeri lebih daripada seorang, mengapakah Islam melarang wanita bersuami lebih daripada seorang?

Jawapan :

Ramai orang, termasuk Muslim, mempersoalkan kebenaran lelaki untuk berkahwin lebih daripada seorang dan  menafikan hak yang sama terhadap wanita.



Biar saya nyatakan terlebih dahulu bahawa asas masyarakat Islam ialah keadilan dan kesaksamaan. Allah telah menciptakan lelaki dan perempuan sama rata, tetapi dengan kemampuan dan tanggungjawab yang berbeza. Lelaki dan wanita berbeza dari sudut fisiologi dan psikologi. Peranan dan tanggungjawab mereka berbeza. Lelaki dan wanita sama dalam Islam, tetapi tidak sama identiti mereka.

Ayat 22 hingga 24 dalam surah ke-4, iaitu surah an-Nisa memberikan senarai wanita yang tidak boleh lelaki kahwini dan dinyatakan dalam ayat 24, "Juga (yang dilarang dikahwini) wanita yang sudah berkahwin."

Poin-poin berikut memberikan sebab kenapa poliandri dilarang dalam Islam.

1. Jika lelaki mempunyai lebih daripada seorang isteri, ibu bapa kepada anak-anak hasil perkahwinan tersebut mudah dikenal pasti. Bapa dan ibunya dengan senang boleh diketahui. Dalam kes seorang wanita berkahwin dengan lebih daripada seorang lelaki, hanya ibu kepada anak-anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut boleh dikenal pasti, tetapi tidak bapanya. Islam sangat menekankan kepentingan mengenali kedua-dua ibu bapa. Pakar-pakar psikologi melaporkan bahawa kanak-kanak yang tidak mengenali ibu bapa terutamanya bapanya akan melalui trauma dan gangguan mental yang teruk. Biasanya mereka melalui zaman kanak-kanak yang suram. Oleh sebab itu, anak-anak pelacur tidak mempunyai zaman kanak-kanak yang sihat. Jika seorang kanak-kanak yang dilahirkan daripada perkahwinan poliandri dihantar ke sekolah, dan jika ibunya ditanya siapa nama bapanya, dia perlu memberikan dua atau lebih nama. Saya menyedari bahawa kemajuan sains baru-baru ini membolehkan kedua-dua ibu dan bapa dikenal pasti melalui ujian genetik. Maka, sebab ini yang boleh digunakan pada masa lalu tidak boleh digunakan sekarang.

2. Lelaki secara semula jadinya lebih bersifat poligami berbanding wanita.

3. Dari segi biologi, lebih mudah bagi seorang lelaki menjalankan tugasnya sebagai seorang suami walaupun beristeri lebih daripada seorang. Seorang wanita yang berada di kedudukan yang sama, mempunyai beberapa orang suami, tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai isteri dengan mudah. Seseorang wanita menjalani beberapa perubahan psikologi dan sikap disebabkan fasa-fasa dalam kitaran haid yang berbeza.

4. Seseorang wanita yang mempunyai lebih daripada seorang suami akan mempunyai pasangan seksual yang berbeza pada masa yang sama dan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit-penyakit yang dijangkiti melalui hubungan seks yang mana akan dijangkiti pula oleh suaminya walaupun kesemua mereka tidak menjalankan hubungan luar nikah. Hal ini tidak menjadi masalah kepada seorang lelaki yang mempunyai lebih daripada seorang isteri, dan tiada daripada mereka yang menjalankan hubungan luar nikah.

Sebab-sebab di atas mudah dikenal pasti. Mungkin terdapat banyak lagi sebab mengapa Allah, dengan kebijaksaan-Nya Yang Tiada Had, melarang poliandri.

*Artikel dicedok dan diterjemahkan daripada buku "Most Common Questions Asked By Non Muslims" oleh Dr Zakir Naik

No comments:

Post a Comment

Back to top ↑
Connect with Us

    Popular Posts

    Pages

    Powered by Blogger.

    Flickr

What they says

© 2013 Hidayah Centre Johor. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.