Hidayah Centre Johor

Hidayah Centre Johor
Pusat Sokongan Saudara Baru

Monday 16 December 2013

Soalan-soalan Lazim yang Ditanya oleh Bukan Muslim Bahagian 1 : Poligami

Soalan : Mengapakah seseorang lelaki dibenarkan beristeri lebih daripada seorang dalam Islam?

Jawapan :

Definisi Poligami

1. Poligami bermaksud satu sistem di mana seorang mempunyai lebih daripada seorang pasangan. Poligami terdiri daripada dua jenis. Pertama, poligini di mana seorang lelaki mengahwini lebih daripada seorang perempuan, dan kedua, poliandri di mana seorang perempuan mengahwini lebih daripada seorang lelaki. Dalam Islam, poligini terhad dibenarkan, manakala poliandri dilarang sama sekali.

Sekarang, merujuk kepada soalan yang asal, kenapakah seorang lelaki dibenarkan mengahwini lebih daripada seorang wanita?



2. Al-Quran ialah satu-satunya kitab keagamaan di dunia yang mengatakan 'kahwinilah seorang sahaja'.

Al-Quran ialah satu-satunya kitab keagaaman di muka bumi ini yang mengandungi frasa 'kahwinilah hanya seorang'. Tiada agama lain yang memerintahkan lelaki untuk berkahwin dengan seorang wanita. Kita tidak akan menjumpai had bilangan isteri dalam kitab-kitab agama lain, sama ada Veda, Ramayan, Mahabharat, Geeta, Talmud atau Bible. Menurut kitab-kitab ini, seseorang boleh mengahwini sebanyak mana yang dia sukai. Hanya kemudian, pihak sami Hindu dan Gereja Kristian mengehadkan bilangan isteri kepada satu.

Banyak personaliti Hindu, menurut kitab-kitab mereka, mempunyai banyak isteri. Raja Dashrat, bapa kepada Rama, mempunyai lebih daripada seorang isteri. Krishna mempunyai beberapa isteri.

Pada zaman awal, lelaki Kristian dibenarkan mengahwini seramai mana yang dia inginkan, kerana Bible tidak menetapkan had bilangan isteri. Hanya beberapa abad kemudian barulah Gereja mengehadkan bilangan isteri kepada satu.

Poligini dibenarkan dalam agama Yahudi. Menurut undang-undang Talmud, Ibrahim mempunyai tiga orang isteri, Sulaiman mempunyai beratus-ratus isteri. Amalan poligini berterusan sehinggalah Rabbi Gershom ben Yahudah (955 C.E hingga 1030 C.E) mengumumkan untuk menentangnya. Komuniti Yahudi Sephardic yang tinggal di negara Islam meneruskan amalan ini sehinggalah lewat 1950, sehingga Akta Ketua Rabbi Israel (Act of the Chief Rabbinate of Israel) mengeluarkan pengharaman perkahwinan lebih daripada seorang isteri.

3. Hindu lebih bersifat poligami berbanding Muslim.

Laporan 'Committee of The Status of Woman in Islam' yang diterbitkan pada tahun 1975 menyatakan di halaman 66 dan 67 bahawa peratusan perkahwinan poligami antara tahun 1951 dengan 1961 adalah 5.06% dalam kalangan penganut Hindu dan hanya 4.31% dalam kalangan Muslim. Menurut undang-undang India, hanya lelaki Muslim yang dibenarkan beristeri lebih daripada seorang. Haram di sisi undang-undang bagi bukan Muslim di India beristeri lebih daripada seorang. Walaupun tidak sah, lebih ramai penganut Hindu beristeri lebih daripada seorang berbanding Muslim. Dahulu, tiada had bilangan isteri dikenakan walaupun kepada lelaki Hindu. Hanya pada tahun 1954, iaitu apabila Akta Perkahwinan Hindu dikuatkuasakan barulah menjadi tidak sah untuk seseorang Hindu mengahwini lebih daripada seorang wanita. Pada masa kini, undang-undang India yang menghalang lelaki Hindu daripada mempunyai lebih daripada seorang isteri, dan bukan kitab Hindu.

Sekarang, mari kita menganalisa sebab Islam membenarkan lelaki untuk mengahwini lebih daripada seorang.

4. Al-Quran membenarkan poligini terhad.

Seperti yang telah dinyatakan, al-Quran merupakan satu-satunya kitab keagamaan yang menyatakan 'kahwinilah hanya seorang'. Frasa ini terdapat dalam salah satu ayat surah an-Nisa di dalam al-Quran :

"Kahwinilah wanita yang kamu sukai, dua, tiga atau empat orang ; tetapi jika kamu takuti tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja," (al-Quran, 4:3)

Sebelum al-Quran diturunkan, tiada had pada poligini dan ramai lelaki mempunyai ramai isteri, sesetengahnya sehingga beratus-ratus. Islam meletakkan had empat orang isteri. Islam memberikan lelaki kebenaran untuk mengahwini dua, tiga atau empat orang wanita, dengan syarat dia berlaku adil terhadap mereka.

Dalam surah yang sama, surah an-Nisa ayat 129, dinyatakan :

"Kamu tidak akan dapat berlaku adil dan saksama terhadap wanita..." (al-Quran, 4:129)

Maka, poligini bukanlah satu peraturan, tetapi pengecualian. Ramai orang tersalah anggap bahawa wajib bagi lelaki Muslim untuk beristeri lebih daripada seorang wanita.

Dalam Islam, terdapat lima kategori untuk perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan :

i. 'Fard', wajib atau mesti.
ii. 'Mustahab', sunat atau digalakkan.
iii. 'Mubah', harus atau dibenarkan.
iv. 'Makruh', tidak digalakkan atau dibenci.
v. 'Haram', dilarang atau tidak dibenarkan.

Poligini jatuh di kategori tengah, iaitu perkara yang dibenarkan. Kita tidak boleh mengatakan bahawa lelaki yang beristeri dua, tiga atau empat orang ialah Muslim yang lebih baik daripada mereka yang beristeri seorang.

5. Purata jangka hayat wanita lebih panjang berbanding lelaki.

Secara semula jadi lelaki dan wanita dilahirkan mengikut nisbah yang sama. Seorang kanak-kanak perempuan mempunyai ketahanan (imuniti) yang lebih tinggi berbanding lelaki. Kanak-kanak perempuan boleh melawan kuman dan penyakit lebih baik berbanding kanak-kanak lelaki. Oleh sebab itu, semasa alam kanak-kanak terdapat banyak kematian dalam kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

Semasa peperangan, lebih ramai lelaki terbunuh berbanding wanita. Lebih ramai lelaki meninggal dunia kerana kemalangan dan serangan penyakit berbanding wanita. Purata jangka hayat wanita lebih tinggi daripada lelaki, dan pada bila-bila masa yang diberikan, kita akan mendapati lebih ramai janda wanita di dunia ini berbanding lelaki.

6. India mempunyai populasi lelaki yang lebih tinggi berbanding wanita.

India merupakan salah satu daripada beberapa negara, bersama beberapa negara jiran yang lain, di mana populasi wanita lebih kecil berbanding lelaki. Hal ini adalah disebabkan oleh pembunuhan bayi perempuan di India, dan lebih sejuta fetus perempuan digugurkan setiap tahun di negara ini, selepas mereka dikenal pasti sebagai perempuan. Jika amalan kejam ini dihentikan, maka India juga akan mempunyai lebih ramai wanita berbanding lelaki.

7. Mengehadkan bilangan isteri untuk setiap lelaki kepada seorang adalah tidak praktikal.

Dalam masyarakat Barat, kita akan biasa mendapati seorang lelaki untuk mempunyai perempuan simpanan dan/atau banyak hubungan luar perkahwinan, kes yang mana wanita tersebut menjalani kehidupan yang tidak terlindung dan memalukan. Walau bagaimanapun, masyarakat yang sama tidak dapat menerima seorang lelaki berkahwin dengan lebih daripada seorang wanita, kes yang mana wanita itu mengekalkan hidup yang mulia dan bermartabat dalam masyarakat dan menjalani hidup yang selamat.

Maka, dua pilihan yang tinggal untuk wanita yang tidak dapat mencari suami adalah untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang beristeri ataupun menjadi harta awam. Islam lebih suka memberikan wanita kedudukan yang mulia dengan membenarkan pilihan yang pertama dan melarang yang kedua.

Terdapat beberapa sebab lain, kenapa Islam membenarkan poligini, tetapi sebab yang utama adalah untuk melindungi maruah wanita.

No comments:

Post a Comment

Back to top ↑
Connect with Us

    Popular Posts

    Pages

    Powered by Blogger.

    Flickr

What they says

© 2013 Hidayah Centre Johor. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.