Syaum (puasa) adalah kata bahasa arab yang bermaksud MENAHAN atau MENCEGAH. Dari segi Istilah ia menahan diri kita dari makan dan minum dalam tempoh waktu dan cara yang ditetapkan. Namun, ia tidak terhad kepada MENAHAN makan dan minum, ia juga meliputi MENAHAN diri dari melakukan kejahatan, keburukan dan perkara-perkara yang negatif.
MENAHAN DIRI
DARI MAKAN DAN MINUM
Allah telah memerintahkan Manusia berpuasa supaya manusia menjadi insan yang taat dan patuh kepada Allah seperti tercatat dalam Surah Al-Baqarah ayat 183:
“Wahai
orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas
orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. “ (AlQuran
2:183)
Walaubagaimanapun,
terdapat kelonggaran bagi manusia yang sakit, ada masalah dan sebab-sebab yang
dibenarkan untuk menangguhkan puasanya atau membayar dalam bentuk wang untuk
diberikan makanan kepada orang miskin seperti tercatat dalam Surah Al-Baqarah
ayat 184:
“Puasa yang
diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu
yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia
berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib
atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya)
membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.” (AlQuran 2:184)
Kelonggaran ini
diberikan kerana Allah cinta dan tidak mahu memberikan kesusahan kepada manusia
jika manusia memang sebenarnya tidak mampu melakukannya seperti tercatat dalam
Surah Al-Baqarah ayat 185:
“Allah
menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung
kesukaran” (AlQuran 2:185)
Waktu Bersahur
dan Berbuka
Waktu Bersahur
adalah adalah waktu ketika umat islam bangun awal pagi (sebelum subuh) bagi
makan dan minum sebagai persiapan berpuasa pada siang harinya.
Waktu berbuka
pula adakah waktu umat islam menamatkan puasanya pada hari iaitu ketika matahari tenggelam
(ketika maghrib).
Waktu Subuh dan
Maghrib boleh didapati secara online di website Pejabat Agama Negeri
masing-masing.
MENAHAN DIRI DARI MELAKUKAN KEJAHATAN
Berpuasa juga
bukan semata-mata menahan diri dari makan dan minum, tetapi ia juga menahan
diri dari melakukan kejahatan, Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda,
“Barangsiapa yang
tidak meninggalkan perkataan kotor malah mengamalkannya, maka Allah tidak butuh
dari rasa lapar dan haus yang dia tahan” (H.R Bukhari)
Dari Abu
Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Puasa bukanlah
hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan
diri dari perkataan lagwu (perkataan sia-sia dan semisalnya yang tidak
berfaedah) dan rofats (kata-kata kotor). Apabila ada seseorang yang mencelamu
atau berbuat usil padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang
puasa” (HR. Ibnu Majah dan Hakim)
Nabi Muhammad
melarang orang yang berpuasa dari melakukan perbuatan yang jahat dan sia-sia,
jika tidak puasanya akan menjadi sia-sia sahaja.
Kelebihan
Kesihatan dari Sudut Sains
1) Berpuasa sepanjang bulan
Ramadhan tidak akan menjejaskan kesihatan bagi manusia yang normal (Al kandariJR, 2012), (Toda M & Morimoto K, 2000). Malah terdapat juga kajian
akademik yang menunjukkan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan tidak member kesan negatif
kepada pesakit strok (Selcuk et. al, 2003), (Bener A et. al, 2006) dan juga kepada pesakit Kardivoskular
(Salim I et. al, 2013).
2) Berpuasa sepanjang bulan
Ramadhan juga dapat menurunkan berat badan dengan secara sihat malah jika
konsisten menjaganya, ia boleh boleh menjadi titik perubahan dimana manusia
boleh menurunkan berat badan mereka bagi yang berkeinginan sebegitu (Ziaee Vet. al 2006)
3) Berpuasa sepanjang ramadhan
juga boleh menurunkan paras gula dalam badan dan ini membuka peluang kepada
manusia untuk mengekalkan tahap kesihatan sepanjang tahun (Ziaee V et. al 2006), (Behnam Sadeghirad et.al, 2012)
5) Berpuasa akan menghalang
perokok dari menghisap rokok dan ini akan meningkatkan kesihatan mereka
sekaligus membuka ruang menjadi titik perubahan kearah berhenti atau
mengurangkan jumlah rokok yang dihisap.
KESIMPULAN
No comments:
Post a Comment