Soalan : Mengapakah kebanyakan Muslim sangat tegas (fundamentalist) dan merupakan pengganas?
Jawapan :
Soalan ini sering dilemparkan ke arah Muslim, sama ada secara terus atau tidak, semasa mana-mana perbincangan mengenai agama atau isu sedunia. Stereotaip Muslim disiarkan secara berterusan di segala bentuk media bersama dengan maklumat yang salah mengenai Islam dan Muslim. Sebenarnya, maklumat yang salah dan propaganda salah tersebut kerap membawa kepada diskriminasi dan perbuatan keganasan ke atas Muslim. Salah satu kes yang berkaitan ialah kempen anti-Muslim di media Amerika dan diikuti dengan letupan bom di Oklahoma, di mana pihak media cepat mengumumkan satu 'Konspirasi Timur Tengah' di sebalik serangan tersebut. Pesalah yang sebenar kemudiannya didapati seorang tentara daripada Pasukan Bersenjata Amerika (American Armed Forces).
Mari kita menganalisa dakwaan 'tegas' (fundamentalism) dan 'keganasan' ini :
1. Makna perkataan 'fundamentalis'
Seorang 'fundamentalis' merupakan orang yang mengikut dan mematuhi perkara-perkara asas daripada doktrin atau teori yang dia ikuti. Untuk seseorang menjadi doktor yang baik, dia perlu mengetahui, mengikuti dan mengamalkan asas-asas perubatan. Dengan kata lain, dia sepatutnya menjadi seorang fundamentalis dalam bidang perubatan. Untuk seseorang menjadi ahli matematik yang baik, dia perlu tahu, mengikut dan mengamalkan asas-asas matematik. Dia patut menjadi fundamentalis dalam bidang matematik. Untuk seseorang menjadi saintis yang baik, dia perlu tahu, mengikut dan mengamalkan asas-asas sains. Dia patut menjadi fundamentalis dalam bidang sains.
2. Bukan semua 'fundamentalis' sama.
Seseorang tidak boleh menggambarkan fundamentalis dengan gambaran yang sama. Seseorang tidak boleh mengkategorikan semua fundamentalis sebagai baik atau jahat. Pengkategorian sedemikian untuk mana-mana fundamentalis akan bergantung kepada bidang atau aktiviti fundamentalis tersebut. Seorang pencuri atau perompak fundamentalis menyebabkan bahaya dalam masyarakat dan maka, dia tidak diperlukan. Sebaliknya, seorang doktor fundamentalis memberikan faedah dalam masyarakat, dan memperoleh penghormatan.
3. Saya bangga menjadi fundamentalis Muslim.
Saya seorang Muslim fundamentalis yang, dengan kekuasaan Allah, ketahui, mengikuti dan berusaha mengamalkan asas-asas Islam. Seorang Muslim yang sebenar tidak malu dalam menjadi fundamentalis. Saya bangga menjadi Muslim fundamentalis kerana saya tahu asas-asas Islam sangat bermanfaat untuk seluruh umat manusia dan seluruh dunia. Tidak ada satu pun asas Islam yang membahayakan atau melanggar kepentingan manusia secara keseluruhan. Ramai orang mempunyai salah faham mengenai Islam dan menganggap beberapa ajaran Islam tidak adil dan tidak wajar. Hal ini adalah disebabkan pengetahuan Islam yang tidak cukup dan tidak betul. Jika seseorang menganalisa ajaran Islam dengan teliti dan minda yang terbuka, dia tidak boleh lari daripada hakikat bahawa Islam penuh dengan manfaat di peringkat individu dan kolektif.
4. Maksud perkataan 'fundamentalist'.
Menurut kamus Webster 'fundamentalism' merupakan satu gerakan dalam American Protestanism yang muncul pada awal abad ke-20. Ia merupakan tindak balas kepada modernisme dan menekankan kebenaran Bible, bukan hanya dalam urusan keimanan dan moral, bahkan juga dalam rekod sejarah bertulis. Ia menekankan kepercayaan terhadap Bible sebagai kata-kata Tuhan. Maka, fundamentalism merupakan satu perkataan yang pada mulanya digunakan untuk sekumpulan Kristian yang mempercayai bahawa perkataan demi perkataan dalam Bible merupakan kata-kata Tuhan tanpa kesalahan dan kesilapan.
Menurut kamus Oxford 'fundamentalism' bermaksud 'penyelenggaraan tegas dalam doktrin purba atau asas bagi mana-mana agama, khususnya Islam'.
Pada hari ini, apabila seseorang menggunakan perkataan fundamentalis, dia memikirkan pengganas Muslim.
5. Setiap Muslim patut menjadi pengganas.
Setiap Muslim perlu menjadi pengganas. Seorang pengganas merupakan orang yang menyebabkan ketakutan. Apabila seseorang pencuri melihat seorang polis, dia ketakutan. Seorang polis merupakan pengganas bagi seorang pencuri. Begitu juga setiap Muslim perlu menjadi pengganas kepada anasir-anasir anti-sosial dalam masyarakat, seperti pencuri, perompak bersenjata dan perogol. Apabila anasir anti-sosial tersebut melihat seorang Muslim, dia patut ketakutan. Adalah benar perkataan 'pengganas' secara umumnya digunakan untuk seseorang yang menyebabkan ketakutan dalam kalangan orang kebanyakan. Tetapi seseorang Muslim yang sebenar perlu menjadi pengganas hanya kepada orang-orang tertentu seperti anasir anti-sosial, dan bukan orang kebiasaan yang tidak bersalah. Sebenarnya, seseorang Muslim perlu menjadi sumber keamanan untuk orang yang tidak bersalah.
6. Label yang berbeza diberikan kepada individu yang sama atas perbuatan yang sama contohnya 'pengganas' dan 'patriot'.
Sebelum India mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan British, sesetengah pejuang kebebasan India yang melakukan keganasan dilabel sebagai pengganas oleh kerajaan British. Orang yang sama dipuji oleh orang India kerana aktiviti yang sama dan diangkat sebagai 'patriot'. Maka dua label berbeza diberikan kepada orang yang sama kerana perbuatan yang sama. Satu pihak menggelarnya pengganas dan satu pihak lagi menggelarnya patriot. Mereka yang mempercayai Britain berhak memerintah India memanggil orang-orang ini pengganas, manakala mereka yang berpendapat Britain tidak berhak memerintah India menggelar mereka patriot dan pejuang kebebasan.
Maka, amat penting untuk seseorang itu didengari sebelum dia dinilai. Hujah kedua-dua belah pihak perlu didengari, situasi itu perlu dianalisa dan sebab dan niat orang itu perlu diambil kira. Kemudian barulah dia layak dinilai.
7. Islam bermaksud keamanan.
Islam datang daripada perkataan 'salaam' yang bermaksud keamanan. Ia merupakan satu agama kesejahteraan yang mana asas-asasnya mengajar penganutnya mengekalkan dan menyebarkan kesejahteraan ke seluruh dunia.
Maka, setiap Muslim perlu menjadi fundamentalis, iaitu dia mestilah mengikut asas-asas agama kesejahteraan - Islam. Dia patut menjadi pengganas hanya kepada anasir anti-sosial untuk menggalakkan keamanan dan keadilan dalam masyarakat.
*Artikel dicedok dan diterjemahkan daripada buku 'Most Common Questions Asked by Non-Muslims' oleh Dr Zakir Naik daripada Islamic Research Foundation
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
10 frasa yang pendek, mudah dan ringan, tetapi akan memberikan anda apa yang tiada mata pernah lihat, tiada telinga pernah dengar, dan tiada...
-
Jiran mendapat status istimewa dalam Islam Islam menggalakkan Muslim melayani jiran-jiran mereka dengan cara yang lembut yang menggambarka...
-
" Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dalam kebenar...
-
Jadi, saya sudah menghasilkan satu senarai 10 amalan yang telah diberikan komen oleh suami saya, yang telah beberapa lama menampakkan peruba...
-
Syaum (puasa) adalah kata bahasa arab yang bermaksud MENAHAN atau MENCEGAH. Dari segi Istilah ia menahan diri kita dari makan dan mi...
-
"Anggaplah amalan sunat seperti amalan wajib." - Ali ibn Ahmad / Khilasat al athar, 3/401 Dituliskan di sini 18 amalan da...
-
Assalammualaikum Inginkan cabaran hidup sebagai seorang Muslim? JOM sertai kami Hidayah Center Johor dalam menyampaikan mesej Ra...
-
Dalam kehidupan berkeluarga, setiap individu memainkan peranan untuk melancarkan segala urusan. Peranan yang harus dijalankan oleh indi...
-
Soalan : Jika Islam melarang penyembahan berhala, mengapakah Muslim menyembah dan tunduk kepada Kaabah dalam solat mereka? Jawapan : ...
-
Allah Taala memberitahu kita dalam al-Quran : "Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, d...
Popular Posts
Pages
Powered by Blogger.
Flickr
Blog Archive
-
▼
2013
(28)
-
▼
December
(20)
- Benarkah Terdapat Percanggahan Dalam Al-Quran? Bah...
- Nikmat Kesihatan dan Masa Lapang
- Soalan-soalan Lazim yang Ditanya oleh Bukan Muslim...
- 10 Amalan Seorang Suami Muslim yang Sangat Efektif
- Benarkah Terdapat Percanggahan Dalam Al-Quran? Bah...
- Soalan-soalan Lazim yang Ditanya oleh Bukan Muslim...
- Kecintaan Terhadap Isa (Jesus) Boleh Membina Perse...
- Lokasi Kami
- Laporan Nationwide Mega Street Da'wah Johor Bahru
- Soalan-soalan Lazim yang Ditanya oleh Bukan Muslim...
- Menangani Tekanan
- Nationwide Mega Street Dakwah
- Soalan-soalan Lazim yang Ditanya oleh Bukan Muslim...
- Soalan-soalan Lazim yang Ditanya oleh Bukan Muslim...
- 18 Tips Untuk Memupuk Sifat Mulia
- Soalan-soalan Lazim yang Ditanya oleh Bukan Muslim...
- Keluarga yang Bertanggungjawab Ialah Keluarga yang...
- Tujuh Golongan Yang Mendapat Naungan Allah
- 5 Tips Pengurusan Masa Untuk Muslim
- Islam : Agama yang Paling Disalahfahami
-
▼
December
(20)
No comments:
Post a Comment