IFTTAR RAMADAN HIDAYAH CENTRE JOHOR

Sukacita
dimaklumkan bahawa Hidayah Centre Johor akan menganjurkan Majlis Iftar
Perdana Hidayah Centre Johor 1434H pada 28 Julai 2013 di Dewan Seri
Perdana, Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Program ini bertujuan
untuk menyantuni para saudara kita (mualaf) dan keluarga masing-masing
di samping untuk menjana dana Hidayah Centre Johor dimana ia merupakan sebuah agensi dibawah IKRAM Johor. Dana diperlukan bagi
membolehkan Hidayah Centre Johor memiliki premis sendiri serta untuk
meningkatkan aktivisme perkongsian, pendidikan dan dakwah dengan lebih
berkesan.
Sehubungan dengan itu, pihak YBhg./YB Tan
Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan dirayu untuk memberikan sumbangan kepada
Hidayah Centre Johor, sekali gus diundang untuk bersama-sama hadir ke
program iftar ini. Segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun BIMB
01014010052925 di atas nama Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor. Tolong maklumkan sumbangan kepada Azimah (013-7574878) atau Azila (017-4471653) Turut dilampirkan poster dan aturcara program untuk makluman dan
rujukan.
No comments:
Post a Comment