Hidayah Centre Johor

Hidayah Centre Johor
Pusat Sokongan Saudara Baru

Tuesday 31 December 2013

Benarkah Terdapat Percanggahan Dalam Al-Quran? Bahagian 2 : Bilangan Syurga

Kata orang anti-Islam : Berapakah bilangan syurga? Satu ataupun banyak?

Jawapan :

Mari kita kaji ayat-ayat berikut :

"Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Kebun secara berkumpulan, sehingga mereka sampai kepadanya dan pintu-pintunya terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan berkata "Salam sejahtera ke atas kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam dan tinggal kekal di dalamnya." (39:73)

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah," kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turun malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa : "Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Kebun yang telah dijanjikan kepada kamu." (41:30)

"Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan mendapat Kebun yang bidangnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah sememangnya memiliki limpah kurnia yang besar." (57:21)

"Maka sesungguhnya Kebunlah tempat kediamannya." (79:41)

"Mereka itu sediakan bagi mereka Kebun-kebun yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin. Demikian itulah balasan dan tempat berehat yang sebaik-baiknya." (18:31)

"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Kebun-kebun yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya sutera." (22:23)

"Kebun-kebun Adn yang mereka masuki; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan daripada emas dan mutiara dan pakaian mereka di dalamnya sutera." (35:33)

Dalam ayat-ayat di atas, kita dapat lihat dalam ayat (39:73; 41:30; 57:21; 79:41) perkataan 'Kebun' digunakan merujuk kepada syurga. Perkataan 'Kebun' dalam ayat-ayat tersebut ialah 'Jannah' dalam bahasa Arab yang bermaksud syurga. Kita juga boleh melihat dalam ayat-ayat (18:31; 22:23; 35:33) perkataan 'Kebun-kebun' digunakan untuk syurga. Perkataan 'Kebun-kebun' yang digunakan dalam ayat-ayat tersebut ditulis sebagai 'Jannat' dalam bahasa Arab yang merupakan perkataan plural.

Dalam bahasa Arab, kata syurga yang berbentuk singular dan plural merujuk kepada benda yang sama. Kadang-kadang, perkataan 'jannat' (kebun-kebun) digunakan oleh Allah s.w.t. untuk memberikan gambaran yang lebih besar mengenai syurga kepada Muslim. Menurut al-Quran juga, syurga terdiri daripada pelbagai tingkat. Bukan semua manusia yang memasuki syurga akan berada di tingkat yang sama. Sesetengah mereka akan berada di tingkat yang tertinggi bersama para nabi dan orang-orang yang soleh, dan sesetengah lain akan berada di tingkat yang paling rendah di mana terdapat orang yang banyak berdosa. Perkataan 'jannah' (kebun) digunakan untuk meletakkan kesemua tingkat syurga ke dalam satu penerangan yang mana kita panggil syurga. Walau bagaimanapun, syurga yang besar ini terdiri daripada beberapa tingkat syurga atau kebun (jannat).

Nota : Terdapat frasa singular dan plural untuk syurga dalam bahasa Inggeris. "The Lord of Heavens." ialah frasa plural, manakala "In Heaven we will live peacefully" ialah frasa singular.

*Artikel diambil dan diterjemahkan daripada artikel 'Defending The Noble Quran'

Nikmat Kesihatan dan Masa Lapang

Segala pujian bagi Tuhan seluruh alam yang telah mengurniakan kepada kita nikmat yang tidak putus-putus kerana belas kasihan-Nya yang tiada penghujung. Khabar gembira bagi hamba Yang Maha Besar yang telah menghujani kita dengan pemberian yang tidak terkira sepanjang masa. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak mengenali nikmat pemberian ini dan juga tidak bersyukur atas segalanya.

Nabi s.a.w. bersabda dalam satu hadis :

"Terdapat dua nikmat yang mana ramai orang rugi padanya, iaitu kesihatan dan masa lapang."

Alangkah benar nabi. Ramai daripada kita pernah ataupun masih mempunyai kesihatan yang baik dan masa lapang. Walau bagaimanapun, berapa ramai daripada kita yang boleh menjawab dengan jujur bahawa kita telah menggunakan kedua-dua nikmat ini sebagaimana kita sepatutnya gunakan ataupun adakah kita menunjukkan kesyukuran kepada Yang Maha Besar sebagaimana kita patut lakukan?




Allah Yang Maha Besar tidak memberikan nikmat kesihatan ini untuk disia-siakan. Dia telah mengurniakan kepada kita kesihatan dan masa atas satu tujuan ; agar kita menyembah-Nya sebagaimana dia layak disembah, menyebarkan agama-Nya dan mengajak manusia kepada Islam ; dan untuk membantu manusia yang sangat memerlukan pertolongan.

Kalau begitu, berapa ramai daripada kita yang memanfaatkan kesihatan yang baik ini?

Berapa ramai daripada kita yang menyembah Allah sebagaimana Dia patut disembah?

Berapa ramai daripada kita yang telah membantu agama Islam?

Berapa ramai daripada kita yang telah bersyukur kepada Allah atas kurniaan kesihatan?

Kesemua ini merupakan soalan yang patut kita fikirkan. Seperti kata pujangga, "Kita hanya akan menyedari nilai sesuatu pemberian apabila kita kehilangannya."





Tatkala kita menyedari nilai pemberian istimewa ini, kita mungkin sudahpun kehilangannya. Kemudian walau bagaimana menyesalnya kita, pemberian tersebut tidak akan kembali.

Fikirkanlah masa lapang kita.

Berapa banyak jam sudah kita habiskan di hadapan televisyen?

Berapa banyak jam sudah dibazirkan hanya kerana menonton perlawanan bola sepak?

Bayangkan berapa kerap kita boleh sembah Si Pencipta dan mendapatkan keredaan-Nya dan kedudukan yang tinggi di akhirat. Tidakkah kita menilai masa?

Sebuah kata-kata Imam Shafie rahimahullah : "Masa adalah seperti pedang, potonglah ia sebelum ia memotong kamu."

Dia cuba mengatakan jangan bazirkan masa. Setiap saat yang berlalu tidak akan kembali. Kita perlu memanfaatkan masa ini sepenuhnya. Sabda Nabi s.a.w. dalam sebuah hadis :

"Ambillah kesempatan terhadap lima perkara sebelum lima perkara :

1. Muda sebelum tua.

2. Sihat sebelum sakit.

3. Lapang sebelum sempit.

4. Kaya sebelum miskin.

5. Hidup sebelum mati."

Masa lapang kita ini sepatutnya digunakan untuk mengingati Allah. Pada Hari Kiamat, ahli syurga hanya akan menyesal atas satu perkara ; mereka menyesal kerana mereka telah membazirkan banyak masa lapang di dunia. Sebab penyesalan ini ialah mereka patut boleh mencapai kedudukan yang lebih tinggi di syurga jika mereka tidak membazirkan masa.

Semoga Allah Taala memberikan kita kemampuan untuk menggunakan masa lapang kita untuk menyembah-Nya. Amin.

*Artikel dicedok dan diterjemahkan daripada artikel 'The Blessings of Health and Free Time'

Monday 30 December 2013

Soalan-soalan Lazim yang Ditanya oleh Bukan Muslim Bahagian 6 : Memakan Makanan Bukan Vegetarian

Soalan : Membunuh binatang merupakan perbuatan kejam. Mengapakah Muslim memakan makanan bukan vegetarian?

Jawapan :

'Vegetarianism' merupakan satu gerakan di seluruh dunia. Ramai orang mengaitkannya dengan hak haiwan. Benar, ramai orang menganggap pengambilan daging dan hasil bukan vegetarian yang lain sebagai penindasan hak haiwan.

Islam memerintahkan kita bersifat kasihan dan menyayangi semua makhluk. Pada masa yang sama, Islam menyatakan Allah telah mencipta bumi dan flora dan fauna untuk dimanfaatkan oleh manusia. Bergantung pada manusia untuk menggunakan sumber bumi dengan bijak, sebagai nikmat dan amanah daripada Allah. Mari kita kaji perbahasan ini daripada pelbagai aspek :

1. Seseorang Muslim boleh menjadi vegetarian sepenuhnya.

Seseorang Muslim boleh menjadi Muslim yang baik walaupun menjadi vegetarian sepenuhnya. Tidak wajib bagi seseorang Muslim untuk mengambil makanan bukan vegetarian.

2. Al-Quran membenarkan Muslim mengambil makanan bukan vegetarian.

Al-Quran membenarkan Muslim mengambil makanan bukan vegetarian. Ayat al-Quran yang berikut membuktikan hakikat ini :

"Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah janji-janji. Dihalalkan bagi kamu haiwan ternakan kecuali apa yang disebutkan kepada kamu." (Al-Quran, 5:1)

"Dan haiwan ternakan telah Dia ciptakan. Padanya ada yang menghangatkan dan pelbagai manfaat dan daripadanya kamu makan." (Al-Quran, 16:5)

"Dan sesungguhnya pada haiwan ternakan terdapat satu pengajaran bagi kamu. Kami memberi kamu minum dari yang ada dalam perutnya, dan padanya juga terdapat banyak manfaat untukmu, dan sebahagian daripadanya kamu makan." (Al-Quran, 23:21)




3. Daging berkhasiat dan kaya dengan protein.

Makanan bukan vegetarian merupakan sumber baik bagi protein yang lengkap. Ia mengandungi protein yang lengkap dari sudut biologi, iaitu kesemua lapan asid amino yang penting yang tidak disintesis oleh badan dan patut dibekalkan melalui pemakanan. Daging juga mengandungi zat besi, vitamin B1 dan niasin.

4. Manusia mempunyai set gigi omnivor.

Jika anda memerhatikan gigi binatang herbivor seperti lembu, kambing dan biri-biri, anda akan mendapati sesuatu yang dengan jelas sama pada kesemuanya. Semua binatang ini mempunyai gigi yang rata, sesuai untuk pemakanan herbivor. Jika anda memerhatikan set gigi binatang karnivor seperti singa, harimau ataupun harimau bintang, kesemuanya mempunyai gigi yang tajam, sesuai untuk pemakanan karnivor. Jika anda menganalisa set gigi manusia, anda akan mendapati kesemuanya mempunyai gigi yang rata dan tajam. Maka, mereka mempunyai gigi yang sesuai untuk makanan herbivor dan karnivor, iaitu mereka bersifat omnivor. Seseorang mungkin bertanya, jika Tuhan ingin manusia memakan sayur-sayuran sahaja, mengapa Dia memberikan kita gigi tajam? Adalah logik untuk menganggap Dia menghendaki kita memerlukan dan memakan kedua-dua makanan vegetarian dan bukan vegetarian.

5. Manusia boleh menghadam kedua-dua makanan vegetarian dan bukan vegetarian.

Sistem penghadaman binatang herbivor hanya boleh menghadam tumbuhan. Sistem penghadaman binatang karnivor hanya boleh menghadam daging. Tetapi sistem penghadaman manusia boleh menghadam kedua-dua makanan vegetarian dan bukan vegetarian. Jika Tuhan ingin kita mengambil sayur-sayuran saja, mengapa Dia memberikan kita sistem penghadaman yang boleh menghadam kedua-dua makanan vegetarian dan bukan vegetarian?

6. Kitab agama Hindu memberikan kebenaran untuk memakan makanan bukan vegetarian.

a. Terdapat banyak Hindu yang merupakan pemakan nabati ketat.  Mereka merasakannya bertentangan dengan agama mereka untuk mengambil makanan bukan vegetarian. Akan tetapi, pada hakikat yang sebenarnya kitab Hindu membenarkan seseorang memakan daging. Kitab tersebut menyatakan wali dan sami Hindu mengambil makanan bukan vegetarian.

b. Dinyatakan dalam Manu Smruti, kitab undang-undang Hindu, dalam bab 5 ayat 30 :

"Orang yang memakan daging binatang yang boleh dimakan tidak melakukan keburukan., walaupun dia melakukannya setiap hari, kerana Tuhan sendiri menciptakan sebahagian benda untuk dimakan dan sebahagian lain untuk menjadi pemakan."

c. Sekali lagi, ayat seterusnya dalam Manu Smruti, iaitu bab 5 ayat 31 menyatakan :

"Memakan daging adalah betul untuk korban, hal ini dikenali sebagai peraturan Tuhan."

d. Selanjutnya, dalam Manu Smruti bab 5 ayat 39 dan 40 menyatakan :

"Tuhan sendiri menciptakan binatang korban untuk dikorbankan, ..., maka membunuh korban tidak dikira membunuh."

7. Agama Hindu dipengaruhi  agama lain.

Walaupun kitab Hindu membenarkan penganutnya mengambil makanan bukan vegetarian, ramai penganut Hindu mengamalkan sistem vegetarian kerana mereka dipengaruhi agama lain seperti Jainisme.




8. Tumbuhan juga mempunyai nyawa.

Sesetengah agama mengamalkan vegetarianisme asli sebagai undang-undang pemakanan kerana mereka menentang secara keseluruhan pembunuhan makhluk hidup. Jika seseorang mampu hidup tanpa membunuh mana-mana makhluk hidup, saya akan menjadi orang pertama yang mengamalkan gaya hidup sedemikian. Pada masa dulu, manusia menyangka tumbuh-tumbuhan tidak bernyawa. Hari ini, sudah diketahui umum bahawa tumbujan juga bernyawa. Maka, logik mereka untuk tidak membunuh makhluk hidup tidak dipenuhi walaupun menjadi vegetarian asli.




9. Tumbuhan juga boleh merasai kesakitan.

Mereka seterusnya mengatakan tumbuhan tidak boleh merasai kesakitan, maka membunuh tumbuhan merupakan kesalahan yang lebih ringan berbanding membunuh binatang. Hari ini, sains memberitahu kita bahawa tumbuhan juga boleh merasakan kesakitan. Tetapi tangisan tumbunan tidak dapat didengari oleh manusia. Hal ini adalah kerana ketidakmampuan telinga manusia untuk mendengar bunyi yang tidak berada dalam julat yang boleh didengari, iaitu antara 20 Hz hingga 20,000 Hz. Apa-apa yang lebih rendah atau lebih tinggi daripada julat itu tidak dapat didengari oleh manusia. Seekor anjing boleh mendengar sehingga 40,000 Hz. Maka terdapat siulan anjing yang senyap yang mempunyai frekuensi lebih daripada 20,000 Hz dan lebih rendah daripada 40,000 Hz. Siulan ini hanya boleh didengari oleh anjing dan tidak didengari oleh manusia. Anjing mengenali siulan tuannya dan datang kepada tuannya. Terdapat kajian yang dilakukan oleh seorang pekebun di Amerika Syarikat yang mencipta alat yang menukarkan tangisan tumbuhan agar ia boleh didengari oleh manusia. Dia dengan cepat dapat menyedari apabila tumbuhan tersebut menangis meminta air. Kajian terbaru menunjukkan tumbuhan juga boleh berasa gembira dan sedih.

10. Membunuh makhluk bernyawa yang kekurangan dua deria bukanlah kesalahan yang lebih ringan.

Seseorang vegetarian pernah menyatakan tumbuhan hanya mempunyai dua atau tiga deria manakala haiwan mempunyai lima deria.

Maka, membunuh tumbuhan ialah kesalahan yang lebih ringan berbanding membunuh binatang. Katakanlah adik anda dilahirkan pekak dan kurang bijak dan mempunyai dua deria kurang daripada manusia lain. Dia membesar sehingga matang dan seseorang membunuh dia. Adakah anda akan meminta hakim untuk menjatuhkan hukuman yang lebih ringan kerana adik anda mempunyai kurang dua deria? Sebenarnya, anda akan mengatakan dia sudah membunuh seorang yang maksum, iaitu tidak mempunyai kesalahan, dan hakim tersebut patut menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepadanya.

Al-Quran menyatakan :

"Wahai manusia! Makanlah apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik." (Al-Quran, 2:168)




11. Populasi lembu yang berlebihan.

Jika setiap manusia vegetarian, hal ini akan membawa kepada populasi lembu sedunia yang berlebihan, kerana pembiakan dan penambahan jumlahnya sangat pantas. Allah s.w.t. yang Maha Bijaksana tahu bagaimana mengekalkan keseimbangan ciptaan-Nya dengan baik. Tidak hairanlah Dia membenarkan kita memakan daging lembu.

12. Harga daging berpatutan kerana bukan semua manusia bukan vegetarian.

Saya tidak kisah jika sesetengah orang vegetarian asli. Walau bagaimanapun, mereka tidak patut mengutuk bukan vegetarian dan menganggap mereka kejam. Sebenarnya, jika semua orang India menjadi bukan vegetarian, bukan vegetarianism yang ada sekarang akan tewas kerana harga daging akan meningkat.

*Artikel diambil dan diterjemahkan daripada buku 'Most Common Questions Asked By Non-Muslims' oleh Dr Zakir Naik daripada Islamic Research Foundation

Sunday 29 December 2013

10 Amalan Seorang Suami Muslim yang Sangat Efektif


Alhamdulillah, saya sudah berkahwin selama hampir tiga tahun dan saya merasakan perkahwinan Muslim merupakan salah satu anugerah paling indah yang Allah kurniakan kepada Muslim di dunia ini.

Walau bagaimanapun, perkahwinan Muslim bukan mudah. Sebenarnya, ramai suami sekarang dirosakkan oleh keluarga, persekitaran, masyarakat ataupun media. Hal ini menyebabkan kita kehilangan ciri-ciri kelelakian kita dan susah payah yang bapa-bapa kita dan lelaki dalam sejarah Islam miliki.

Sekarang, sebagai suami Muslim generasi ini, saya tahu betapa penting dan perlu untuk setiap suami Muslim berusaha dalam rumah tangganya agar umat ini menjadi kuat semula. Lagipun, tanpa asas keluarga Islam, asas-asas lain tidak dapat diwujudkan.

Saya kumpulkan beberapa amalan sebagai peringatan peribadi untuk saya terlebih dahulu, dan mudah-mudahan senarai ini memberikan faedah kepada suami Muslim di luar sana yang ingin mewujudkan rumah tangga yang bahagia. Sesetengah idea yang diketengahkan adalah daripada apa yang saya baca dan dengar dan juga pengalaman saya. Ambil mana-mana yang berkaitan dengan anda, dan bertindak.

1. Bersenam, kekal cergas dan sihat.

Maaf, saudara, anda sudah pasti tahu akan hakikat ini. Amat penting untuk kita kekal sihat, bersenam dan terus cergas untuk isteri-isteri kita dan anak-anak. Ramai daripada kita membiarkan penampilan diri kita selepas perkahwinan sedangkan perkara sebaliknya yang patut berlaku. Apabila kita sihat, kita boleh lakukan lebih untuk isteri dan anak-anak. Kita juga akan berasa baik dengan hakikat bahawa kita memberikan sumbangan yang besar untuk umat.

Isteri saya memberitahu saya mengenai satu kisah bagaimana dia melawat negara Muslim baru-baru ini dan melihat ramai pasangan yang mana si isteri berpakaian dengan baik tetapi si suami tidak mempedulikan keterampilan dirinya.

Saya tidak meminta semua orang untuk menjadi Arnold Schwarzenegger tetapi bersenamlah agar apabila anak anda berusia 12 tahun, anda masih mampu bermain bola sepak bersama mereka. Disebabkan kerjaya saya dalam bidang perisian, saya harus bekerja keras kerana amat senang untuk saya ketinggalan dalam kerja ini (yang mana sudah berlaku pada saya beberapa kali).

Melakukan apa yang anda suka juga membantu anda kekal cergas. Anda tidak perlu mengangkat berat untuk menjaga badan. Asalkan apa yang anda lakukan membantu anda mengekalkan gaya hidup yang sihat, cergas dan Islamik.

Ia juga amat penting untuk anda mengambil makanan yang berkhasiat. Tidaklah wajar untuk anda bersenam dan kekal sihat dan menikmati makanan ringan dan manisan setiap hari. Saya sendiri menyukai makanan yang manis, dan sekarang saya sudah menghadkan pengambilan manisan kepada satu hari dalam seminggu dan menyedari perubahan positif seperti menjadi lebih bertenaga.

2. Berpakaian baik dan dengan ihsan.

Hal ini ialah sesuatu yang saya usahakan kerana saya membesar dalam keadaan tidak pernah mengetahui bagaimana berpakaian dengan baik. Tidaklah bermaksud anda perlu memakai pakaian yang mahal. Ia bermaksud pakaian anda dalam keadaan yang baik dan sesuai ditayang kepada orang.

Muslim dalam sejarah diketahui berpakaian indah dan menjaga badan. Pada zaman pertengahan, Sepanyol di bawah pemerintahan Muslim mempunyai saliran air dan mereka sentiasa membersihkan diri manakala manusia di bahagian Eropah yang lain hampir tidak membersihkan diri mereka.

Nabi Muhammad s.a.w. yang kita kasihi sentiasa memakai minyak kasturi agar berbau wangi.

Kata-kata daripada baginda :

Muslim meriwayatkan bahawa Abu Said al-Khudri berkata bahawa nabi s.a.w. bersabda : "Pewangi yang terbaik ialah kasturi."

Belilah yang berkualiti dan bukannya mahal ataupun banyak kerana inilah maksud berpakaian dengan ihsan. Di penghujung hari, isteri anda akan menjadi gembira kerana anda dan berfikir "Masha Allah."




3. Membaca.

Tidak mengejutkan bahawa kalimah pertama yang diwahyukan daripada al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah "Bacalah..." (Surah al-Alaq, 96:1)

Semasa membesar, saya sentiasa cuba berusaha untuk membaca kerana saya kerap leka dengan televisyen dan permainan video. Walaupun saya cemerlang di sekolah, membaca dianggap sebagai kerja rumah dan saya jarang mengamalkannya.

Walau bagaimanapun, sebagai suami Muslim, membaca merupakan kemahiran penting untuk dimiliki. Ia bukan sahaja dapat mengkayakan anda dengan pengetahuan, malah ia juga boleh membantu anda dalam kemahiran berkomunikasi dan perbualan dengan isteri dan anak-anak. Anda juga akan mempunyai lebih banyak perkara yang menarik dan penting untuk dikatakan dan diajarkan kepada anak-anak.

Terutamanya pada zaman sekarang di mana media dan teknologi berubah, jiga anda tidak membaca dan belajar, anda akan lebih terdedah kepada pengaruh negatif di sekeliling anda.

4. Membantu di rumah - Bersihkan!

Ramai isteri hari ini melakukan lebih banyak kerja berbanding dahulu. Perkara seperti bekerja sepenuh masa, memasak, membersih dan menjaga anak-anak merupakan sebahagian daripada regimen hariannya. Isteri anda akan lebih gembira jika anda mengambil sedikit bebanan tersebut daripadanya.

Membersih pinggan, membersih hampagas, dan kerja-kerja lain di rumah sepatutnya anda ambil dan patut dilakukan secara proaktif. Baca : Lakukannya tanpa diminta.

Ciptaan terbaik, Nabi Muhammad s.a.w. pun membantu di rumah.

Aishah r.a., isteri baginda pernah berkata : "Rasulullah s.a.w. pernah menampal sandalnya, menjahit pakaiannya dan melakukan kerjanya sendiri di rumah sepertimana anda lakukan di rumah. Dia seorang insan, yang mencari kutu pada pakaian, memerah susu biri-birinya dan melakukan kerjanya sendiri." (Diriwayatkan oleh Tirmidzi)




5. Membaca al-Quran.

Seorang suami Muslim merupakan ketua keluarga Muslim. Dia perlu menunjukkan contoh yang baik kepada isteri dan anak-anaknya. Itulah sebabnya penting untuk dia membaca al-Quran.

Kanak-kanak meniru. Jika mereka melihat bapa mereka membaca al-Quran, mereka juga akan ingin membaca al-Quran. Hal ini akan membuatkan kanak-kanak teringin untuk menghadiri kelas al-Quran yang ditakuti.

Sebelum berkahwin, saya tidaklah membaca al-Quran dengan begitu baik dan hanya menghafal beberapa surah. Kemudian, saya berusaha keras untuk memperbaik bacaan saya dengan menghadiri kelas tajwid dan menghafal lebih banyak surah.

Bersembahyang bersama merupakan satu ciri-ciri yang penting dalam sebuah keluarga Islam dan mengetahui al-Quran akan membantu anda. seorang suami Muslim, untuk memimpin isteri dan keluarga anda. Suami atau bapa Muslim patut berusaha memimpin ahli keluarganya dalam sembahyang sekurang-kurangnya sekali sehari.

6. Menjadi kritikal dan analitikal - Berbual mengenai idea.

Semasa saya membesar, ibu saya telah meletakkan satu papan tanda di satu ruang di rumah kami yang tertulis di atasnya : "Orang kecil berbual mengenai orang lain. Orang biasa berbual mengenai perkara. Orang hebat berbual mengenai idea."

Adalah penting untuk seorang suami Muslim menjadi matang melebihi kepentingan diri dan mampu untuk merentasi perbualan tidak penting mengenai manusia di sekeliling dan perkara material. Dia perlu berbincang mengenai idea.

Kita perlu kembali kepada hakikat bahawa peranan Islamik seorang suami Muslim dalam sesebuah keluarga ialah memimpin. Jika perkara yang dia bincangkan hanyalah kebenciannya yang melampau terhadap bosnya di tempat kerja atau kasut barunya, keluarganya akan menderita.

Sebelum berkahwin, adalah mudah untuk saya melibatkan diri dengan rakan-rakan dan menikmati perkara yang tidak penting seperti filem dan sukan. Walau bagaimanapun, saya tahu saya perlu melakukan perkara lain dan mula membaca dan mempelajari lebih lagi tentang idea dan prinsip tentang bagaimana perjalanan dunia ini. Saya perlu meningkatkan pengetahuan saya. Saya tidak mahu perkahwinan yang tidak mendalam dan saya tidak mahu menjadi suami yang biasa. Jadi, saya melangkah keluar daripada zon selesa saya dan mengambil tindakan untuk menjadi lebih berintelektual. Saya percaya jika anda inginkan perkahwinan Muslim berjaya yang mana Allah limpahkan ke atasnya rahmat-Nya, ia perlu merentasi perkara yang lebih penting daripada makanan dan kereta.





7. Bawa isteri anda keluar - Rancang sesuatu.

Setiap isteri suka dibawa keluar, walau bagaimana kuat dia beragama. Anda juga tidak perlu menjadi kaya untuk melakukan yang demikian.

Pergi ke taman, atau membelikannya hijab baru, atau mencuba restoran halal yang baru merupakan aktiviti menyeronokkan yang anda boleh jalankann dengannya.

Saya tahu kadang-kadang saya tidak bijak merancang.. Tetapi setiap kali saya merancang untuk keluar dengan isteri saya, perkahwinan dan hubungan kami bertambah baik.

Saya dan isteri menetapkan satu hari dalam seminggu untuk keluar bersama-sama dan pergi ke satu tempat di bandar yang belum pernah kami pergi ataupun melawat semula tempat kegemaran kami. Ia merupakan satu hari dalam seminggu yang kami berhubung semula dan berbincang mengenai idea.

Cubalah, saya jamin anda tidak akan kecewa.

8. Bertindak seperti lelaki dan dengan yakin - Buat keputusan.

Lelaki hari ini bersifat kurang lelaki berbanding dengan lelaki dahulu. Jika anda imbas kembali zaman Rasulullah s.a.w., sahabatnya ramai daripada kalangan lelaki yang berkeyakinan dan bersemangat.

Pada asasnya, suami Muslim perlu mengambil tindakan dalam hidupnya dan tidak duduk bermalas-malasan dan membiarkankan kehidupan berjalan saja. Dulu saya suka berehat semasa tahun pertama perkahwinan saya tetapi saya menyedari bahawa kualiti ini tidak bermanfaat dalam perhubungan. Apabila saya mula bertindak dengan lebih yakin dan mengambil tindakan dalam hidup, saya mula melihat perubahan positif dalam perkahwinan dan kehidupan peribadi saya.

Adalah penting untuk meneliti perbezaan antara keyakinan dengan keganasan/dominasi. Keyakinan berkaitan dengan mengambil tindakan positif dalam cara seseorang membawa dirinya dan pada masa sama masih boleh mengekalkan hak mereka yang berada di sekelilingnya. Dominasi tidak fokus pada hak.

Seorang lelaki Muslim yang berkeyakinan, walaupun dia seorang pemimpin di rumahnya, dia juga mengetahui dan mengaplikasikan konsep syura/bermesyuarat. Adalah penting untuk melibatkan isteri dan anak-anak dalam mana-mana keputusan besar dan kecil yang boleh memberi kesan kepada semua orang.

Jadilah seorang lelaki Muslim. Ambil tindakan. Jadilah berkeyakinan. Isteri anda akan lebih gembira dan perkahwinan anda akan lebih bahagia, insha Allah.

9. Keseimbangan antara kerjaya dengan agama.

Seorang suami Muslim perlulah seimbang. Dia patut bekerja dan berusaha dalam kerjayanya untuk memberikan nafkah kepada keluarganya kerana ia merupakan hak isteri untuk diberikan nafkah (walaupun dia memilih untuk bekerja). Si suami juga mestilah memahami asas-asas agamanya. Dia tidak perlu menjadi seorang alim, tetapi dia seharusnya mengetahui sekurang-kurangnya perkara asas.

Saya ingat suatu ketika dulu sewaktu bersembahyang hari raya, saya melihat seorang bapa mengajarkan anaknya bersembahyang. Sebagai pemimpin di rumah, seorang suami Muslim perlu mengetahui secukupnya mengenai Islam supaya dia boleh mengajarkan isteri dan anak-anaknya. Dia tidak patut melakukannya semasa solat hari raya. Dia mestilah melakukannya di rumah.

Jikalau boleh, hadiri kelas agama dan baca lebih banyak tentang agama. Terdapat juga banyak sumber atas talian tentang agama kita yang indah ini.

Juga, seorang suami Muslim perlulah berusaha menjadi cemerlang dalam mana-mana kerjaya yang dia ceburi. Ingat bahawa menyeimbangkan antara kedua-duanya adalah sukar tetapi boleh dicapai sikit demi sikit.

10. Memasak dan membantu dalam menyediakan makanan.

Baik, ini ialah isu yang boleh membangkitkan debat.  Walaupun undang-undang Islam tidak menyatakan isteri mestilah memasak untuk suaminya, si isteri selalunya berbuat begitu. Dan, saya amat bersyukur dia melakukannya!

Sebagai suami Muslim, anda patut membantu dalam menyediakan makan malam dan menyiapkan hidangan. Perbuatan ini akan mengurangkan bebanan di atas isteri anda dan dia akan berterima kasih jika anda membantu.

Anda boleh melakukan yang demikian dengan membuat jadual dan memberitahunya pada hari mana yang anda boleh membantu. Percayalah, hal ini akan membantu perkahwinan anda dan membaiki hubungan anda.

Cadangan Terakhir

Itulah dia. 10 amalan yang boleh menjadikan anda suami Muslim yang lebih baik. Anda mungkin sudah melakukan beberapa perkara yang saya sebutkan ataupun tiada langsung. Anda boleh juga bersetuju atau tidak dengan saya. Anda mungkin punyai amalan-amalan lain untuk ditambah. Beritahu saya apa pendapat anda di ruangan komen di bawah.

*Artikel diambil dan diterjemahkan daripada artikel '10 Habits of Highly Effective Muslim Husbands' oleh Abu Nura

Friday 27 December 2013

Benarkah Terdapat Percanggahan Dalam Al-Quran? Bahagian 1 : Bilangan Hari Di Sisi Allah

Kata orang anti-Islam : Terdapat percanggahan pernomboran dalam al-Quran ; Adakah bilangan hari di sisi Allah bersamaan dengan 1000 tahun di dunia ataupun 50,000 tahun di dunia?

Jawapan :

Mari kita kaji ayat-ayat berikut :

"Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah tidak akan menyalahi janji-Nya. Dan sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu." (Al-Quran, 22:47)

"Dia mengatur segala urusan dari langit ke bumi, kemudian ia naik kepada-Nya dalam sehari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu." (Al-Quran, 32:5)

"Para malaikat dan Jibril naik kepada Tuhan, dalam sehari setara dengan lima puluh ribu tahun." (Al-Quran, 70:4)

Ayat pertama di atas dengan jelas menyatakan bahawa satu hari di sisi Allah bersamaan seribu tahun kita. Walau bagaimanapun, dalam ayat (32:5), kita boleh lihat bahawa perjalanan dari waktu roh-roh kita berangkat hinggalah waktu roh tersebut sampai ke destinasinya memakan masa seribu tahun manusia; "... pada satu hari, di mana tempohnya seribu tahun... (32:5)." Dalam ayat (70:4), kita boleh lihat bahawa Allah merujuk kepada Hari Kiamat dengan tempoh masa 50,000 tahun di dunia. Frasa 'sehari setara dengan' merujuk kepada Hari Kiamat, di mana kita mengira ia akan mengambil masa lima puluuh ribu tahun di dunia untuk tamat sebelum manusia terakhir masuk sama ada syurga atau neraka. Frasa 'Hari Kiamat' dalam bahasa Arab tidak membawa maksud satu hari. Ia bermaksud banyak hari (lima puluh ribu tahun).

Nota : (22:47) dengan jelas menyatakan bahawa satu hari di sisi Allah bersamaan seribu tahun kita. (32:5) dan (70:4) kedua-duanya menyatakan peristiwa yang akan berlaku, dan peristiwa tersebut mengambil masa banyak tahun menurut perkiraan kita. Perkataan 'hari' dalam (32:5) dan (70:4) bermaksud 'tempoh masa', dan perkataan 'hari' dalam (22:47) bermaksud satu hari yang sebenar. Frasa ini wujud dalam bahasa Arab dan banyak lagi bahasa.

Contoh : Apabila seseorang ibu berkata kepada anaknya : "Insha Allah, satu hari nanti saya akan melihat kamu membesar dan menjadi matang." Perkataan 'hari' di sini tidak bermaksud satu hari. Tetapi ia membawa maksud tempoh masa.

*Artikel dicedok dan diterjemahkan daripada artikel 'Defending The Noble Quran'

Thursday 26 December 2013

Soalan-soalan Lazim yang Ditanya oleh Bukan Muslim Bahagian 5 : Muslim Merupakan Fundamentalis dan Pengganas

Soalan : Mengapakah kebanyakan Muslim sangat tegas (fundamentalist) dan merupakan pengganas?

Jawapan :

Soalan ini sering dilemparkan ke arah Muslim, sama ada secara terus atau tidak, semasa mana-mana perbincangan mengenai agama atau isu sedunia. Stereotaip Muslim disiarkan secara berterusan di segala bentuk media bersama dengan maklumat yang salah mengenai Islam dan Muslim. Sebenarnya, maklumat yang salah dan propaganda salah tersebut kerap membawa kepada diskriminasi dan perbuatan keganasan ke atas Muslim. Salah satu kes yang berkaitan ialah kempen anti-Muslim di media Amerika dan diikuti dengan letupan bom di Oklahoma, di mana pihak media cepat mengumumkan satu 'Konspirasi Timur Tengah' di sebalik serangan tersebut. Pesalah yang sebenar kemudiannya didapati seorang tentara daripada Pasukan Bersenjata Amerika (American Armed Forces).

Mari kita menganalisa dakwaan 'tegas' (fundamentalism) dan 'keganasan' ini :

1. Makna perkataan 'fundamentalis'

Seorang 'fundamentalis' merupakan orang yang mengikut dan mematuhi perkara-perkara asas daripada doktrin atau teori yang dia ikuti. Untuk seseorang menjadi doktor yang baik, dia perlu mengetahui, mengikuti dan mengamalkan asas-asas perubatan. Dengan kata lain, dia sepatutnya menjadi seorang fundamentalis dalam bidang perubatan. Untuk seseorang menjadi ahli matematik yang baik, dia perlu tahu, mengikut dan mengamalkan asas-asas matematik. Dia patut menjadi fundamentalis dalam bidang matematik. Untuk seseorang menjadi saintis yang baik, dia perlu tahu, mengikut dan mengamalkan asas-asas sains. Dia patut menjadi fundamentalis dalam bidang sains.

2. Bukan semua 'fundamentalis' sama.

Seseorang tidak boleh menggambarkan fundamentalis dengan gambaran yang sama. Seseorang tidak boleh mengkategorikan semua fundamentalis sebagai baik atau jahat. Pengkategorian sedemikian untuk mana-mana fundamentalis akan bergantung kepada bidang atau aktiviti fundamentalis tersebut. Seorang pencuri atau perompak fundamentalis menyebabkan bahaya dalam masyarakat dan maka, dia tidak diperlukan. Sebaliknya, seorang doktor fundamentalis memberikan faedah dalam masyarakat, dan memperoleh penghormatan.

3. Saya bangga menjadi fundamentalis Muslim.

Saya seorang Muslim fundamentalis yang, dengan kekuasaan Allah, ketahui, mengikuti dan berusaha mengamalkan asas-asas Islam. Seorang Muslim yang sebenar tidak malu dalam menjadi fundamentalis. Saya bangga menjadi Muslim fundamentalis kerana saya tahu asas-asas Islam sangat bermanfaat untuk seluruh umat manusia dan seluruh dunia. Tidak ada satu pun asas Islam yang membahayakan atau melanggar kepentingan manusia secara keseluruhan. Ramai orang mempunyai salah faham mengenai Islam dan menganggap beberapa ajaran Islam tidak adil dan tidak wajar. Hal ini adalah disebabkan pengetahuan Islam yang tidak cukup dan tidak betul. Jika seseorang menganalisa ajaran Islam dengan teliti dan minda yang terbuka, dia tidak boleh lari daripada hakikat bahawa Islam penuh dengan manfaat di peringkat individu dan kolektif.

4. Maksud perkataan 'fundamentalist'.

Menurut kamus Webster 'fundamentalism' merupakan satu gerakan dalam American Protestanism yang muncul pada awal abad ke-20. Ia merupakan tindak balas kepada modernisme dan menekankan kebenaran Bible, bukan hanya dalam urusan keimanan dan moral, bahkan juga dalam rekod sejarah bertulis. Ia menekankan kepercayaan terhadap Bible sebagai kata-kata Tuhan. Maka, fundamentalism merupakan satu perkataan yang pada mulanya digunakan untuk sekumpulan Kristian yang mempercayai bahawa perkataan demi perkataan dalam Bible merupakan kata-kata Tuhan tanpa kesalahan dan kesilapan.

Menurut kamus Oxford 'fundamentalism' bermaksud 'penyelenggaraan tegas dalam doktrin purba atau asas bagi mana-mana agama, khususnya Islam'.

Pada hari ini, apabila seseorang menggunakan perkataan fundamentalis, dia memikirkan pengganas Muslim.

5. Setiap Muslim patut menjadi pengganas.

Setiap Muslim perlu menjadi pengganas. Seorang pengganas merupakan orang yang menyebabkan ketakutan. Apabila seseorang pencuri melihat seorang polis, dia ketakutan. Seorang polis merupakan pengganas bagi seorang pencuri. Begitu juga setiap Muslim perlu menjadi pengganas kepada anasir-anasir anti-sosial dalam masyarakat, seperti pencuri, perompak bersenjata dan perogol. Apabila anasir anti-sosial tersebut melihat seorang Muslim, dia patut ketakutan. Adalah benar perkataan 'pengganas' secara umumnya digunakan untuk seseorang yang menyebabkan ketakutan dalam kalangan orang kebanyakan. Tetapi seseorang Muslim yang sebenar perlu menjadi pengganas hanya kepada orang-orang tertentu seperti anasir anti-sosial, dan bukan orang kebiasaan yang tidak bersalah. Sebenarnya, seseorang Muslim perlu menjadi sumber keamanan untuk orang yang tidak bersalah.

6. Label yang berbeza diberikan kepada individu yang sama atas perbuatan yang sama contohnya 'pengganas' dan 'patriot'.

Sebelum India mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan British, sesetengah pejuang kebebasan India yang melakukan keganasan dilabel sebagai pengganas oleh kerajaan British. Orang yang sama dipuji oleh orang India kerana aktiviti yang sama dan diangkat sebagai 'patriot'. Maka dua label berbeza diberikan kepada orang yang sama kerana perbuatan yang sama. Satu pihak menggelarnya pengganas dan satu pihak lagi menggelarnya patriot. Mereka yang mempercayai Britain berhak memerintah India memanggil orang-orang ini pengganas, manakala mereka yang berpendapat Britain tidak berhak memerintah India menggelar mereka patriot dan pejuang kebebasan.

Maka, amat penting untuk seseorang itu didengari sebelum dia dinilai. Hujah kedua-dua belah pihak perlu didengari, situasi itu perlu dianalisa dan sebab dan niat orang itu perlu diambil kira. Kemudian barulah dia layak dinilai.

7. Islam bermaksud keamanan.

Islam datang daripada perkataan 'salaam' yang bermaksud keamanan. Ia merupakan satu agama kesejahteraan yang mana asas-asasnya mengajar penganutnya mengekalkan dan menyebarkan kesejahteraan ke seluruh dunia.

Maka, setiap Muslim perlu menjadi fundamentalis, iaitu dia mestilah mengikut asas-asas agama kesejahteraan - Islam. Dia patut menjadi pengganas hanya kepada anasir anti-sosial untuk menggalakkan keamanan dan keadilan dalam masyarakat.

*Artikel dicedok dan diterjemahkan daripada buku 'Most Common Questions Asked by Non-Muslims' oleh Dr Zakir Naik daripada Islamic Research Foundation

Tuesday 24 December 2013

Kecintaan Terhadap Isa (Jesus) Boleh Membina Persefahaman Antara Kristian Dengan Muslim

WASHINGTON - "Ingatlah, ketika para malaikat berkata, "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah menyampaikan khabar gembira kepadamu tentang satu kalimat daripada-Nya iaitu, namanya al-Masih Isa bin Maryam (Jesus Christ), seorang terkemuka di dunia dan akhirat, dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah)."

Sebelum mencari kata-kata ini di dalam kitab Perjanjian Baru (New Testament), anda mungkin perlu meminta rakan sekerja, sahabat atau jiran Muslim anda senaskhah al-Quran, kitab suci Islam. Kata-kata ini diambil daripada surah ketiga ayat 45 daripada al-Quran.

Sudah menjadi kebiasaan, terutamanya pada musim cuti, penganut Kristian mengikut ajaran Jesus. Apa yang kurang difahami ialah Muslim juga mencintai dan menyanjung Jesus sebagai salah seorang nabi utusan Tuhan yang hebat yang dihantar kepada manusia.

Ayat-ayat lain daripada al-Quran, iaitu kitab dianggap oleh Muslim sebagai kata-kata Tuhan, menyatakan bahawa Jesus diperkuatkan dengan Roh Suci (Holy Spirit) (2:87) dan merupakan 'tanda atau ayat untuk seluruh alam' (21:91). Kelahirannya yang luar biasa dipastikan melalui kata-kata Maryam (Mary) : "Bagaimana mungkin aku akan mempunyai anak padahal tidak ada seorang lelaki pun yang menyentuhku?" (3:47).

Al-Quran menunjukkan Jesus berkata-kata semasa baginda masih di dalam buaian lagi, dan dengan izin Tuhan, beliau menyembuhkan orang berpenyakit kusta (leper) dan orang buta (5:110). Tuhan juga menyatakan dalam al-Quran : "Kami memberikannya (Jesus) kitab Injil dan melemparkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan ke dalam hati-hati pengikutnya." (57:27)

Memandangkan sentimen kebencian di negara ini dan di seluruh dunia cuba untuk memecahbelahkan Muslim dan Kristian, kita sangat memerlukan kuasa penyatu yang boleh merapatkan jurang salah faham dan ketidakpercayaan antara agama. Kuasa itu merupakan mesej kasih sayang, kesejahteraan dan pengampunan yang diajar oleh Jesus dan diterima oleh penganut kedua-dua agama.

Kristian dan Muslim perlu mengambil kira lagi satu ayat daripada al-Quran yang menegaskan mesej Tuhan yang abadi mengenai kesatuan kerohanian (spiritual) : "Katakanlah : "Kami beriman dengan Tuhan dan wahyu yang diturunkan kepada kami dan kepada Ibrahim (Abraham), Ismail (Ishmael), Ishak (Isaac), Yaakub (Jacob), dan anak cucunya, dan apa yang telah diturunkan kepada Musa (Moses) dan Isa (Jesus), dan apa yang telah diturunkan kepada semua nabi daripada Tuhan mereka. Kami tidak membezakan seorang pun daripada mereka, dan kepada-Nya kami berserah diri."" (2:136)

Nabi Muhammad sendiri ingin memadamkan perbezaan antara mesej yang dibawanya dan yang dibawa oleh Jesus, yang dia gelar 'semangat dan kata-kata' Tuhan. Nabi Muhammad pernah berkata : "Di dunia dan akhirat, akulah yang paling dekat dengan Isa anak Maryam. Para nabi merupakan adik beradik sebapa, ibu-ibu kami berbeza, tetapi agama mereka satu."

Apabila Muslim menyebut nama Nabi Muhammad, mereka selalu menambah frasa 'sallallahu alaihi wasallam' (Peace and Blessings of Allah be upon him). Orang Kristian mungkin akan terkejut untuk mengetahui frasa yang serupa, iaitu alaihi as-salam (Peace be upon him) sentiasa diucapkan apabila nama Jesus disebut, ataupun kami mempercayai kedatangan Jesus ke dunia pada hari-hari terakhir sebelum Hari Kiamat. Kebiadapan terhadap Jesus, sepertimana yang telah kita lihat dalam masyarakat kita, merupakan satu perbuatan yang menyakitkan hati terhadap Muslim.

*Artikel dicedok dan diterjemahkan daripada artikel 'Love For Jesus can Bring Christians, Muslims Together' oleh Ibrahim Hooper

Lokasi Kami





Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Negeri Johor,
No. 10 & 11, Jalan Pendidikan 3,
Taman Universiti, 
81300 Skudai, 
Johor Darul Takzim

Laporan Nationwide Mega Street Da'wah Johor Bahru


21 Disember 2013, ‘Mega Street Dakwah Nationwide’ telah berlangsung dari 8.30 pagi sehingga 5.00 petang di sekitar bandaraya Johor Bahru.




Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Oleh itu, sifat toleransi, saling menghormati dan beramah mesra dalam kalangan masyarakat majmuk adalah sangat penting untuk menjaga kedamaian dan keharnomian negara. Susulan ini, Malaysia Reverted Muslims (MRM) dengan kerjasama Hidayah Centre Johor telah menganjurkan program Mega Street Da’wah Nationwide pada 21 Disember lalu di Johor Bahru bagi membantu para peserta untuk bergaul dan beramah-mesra dengan semua lapisan masyarakat tanpa mengira pangkat, jawatan dan status seperti yang disarankan dalam Al-Quran di Surah Hujuraat, ayat 13 yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih taqwanya  antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).”








Dengan adanya aktiviti ini, masyarakat dapat mempelajari dan memahami sedikit sebanyak maklumat baru mengenai Islam serta merapatkan jurang antara Muslim dengan bukan Muslim. Objektif program ini diadakan adalah seperti berikut:

i.          Mengeratkan hubungan antara Muslim dengan masyarakat majmuk.
ii.        Bertemu-ramah dengan masyarakat majmuk tentang pemahaman mereka mengenai Islam dan Muslim di Malaysia.
iii.        Menerangkan kepada mereka sekiranya terdapat salah faham terhadap kepercayaan Islam.
iv.        Bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan mengenai budaya dan kepercayaan agama lain.
v.        Memberikan bantuan makanan, minuman dan kewangan kepada gelandangan tanpa mengira bangsa dan agama.

Secara keseluruhannya, program ini menjadi kenangan yang amat berharga kepada semua peserta. Secara tuntasnya, peserta telah menjalani satu cabaran getir yang rata-ratanya belum pernah dialami oleh mereka. Hal ini adalah kerana mereka perlu berdepan dengan orang-orang yang mempunyai latar belakang yang berbeza, berjemur di tengah panas, berdiri selama beberapa jam, kesabaran dan keikhlasan semasa menemubual.


Disediakan oleh,
MUHAMAD ISKANDAR BIN DZURLLKANIAN @ ZULKARNAIN
Admin,
http://hcjohor.blogspot.com/
www.facebook.com/hcjohor

Sunday 22 December 2013

Soalan-soalan Lazim yang Ditanya oleh Bukan Muslim Bahagian 4 : Adakah Islam Disebarkan Dengan Pedang?

Soalan : Kenapakah Islam dipanggil agama yang aman sedangkan ia disebarkan dengan pedang?

Jawapan :

Satu keluhan yang biasa dalam kalangan bukan Islam bahawa Islam tidak akan mempunyai berjuta-juta penganut di seluruh dunia, jika ia tidak disebarkan melalui paksaan. Poin berikut akan menjelaskan bahawa, jauh daripada penggunaan pedang, sebenarnya kuasa kebenaran, bukti dan logik yang bertanggungjawab dalam perkembangan pesat Islam.

1. Islam bermaksud aman.

Islam berasal daripada kata dasar 'salaam', yang bermaksud sejahtera, dan ia juga bermaksud menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t.. Maka, Islam merupakan agama kesejahteraan yang diperoleh dengan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Pencipta Yang Maha Agung, Allah s.w.t..

2. Kadang kala paksaan diperlukan bagi mengekalkan kesejahteraan.

Setiap manusia di dunia ini tidak ingin mengekalkan keamanan dan keharmonian. Terdapat ramai orang yang mengganggunya demi kepentingan masing-masing. Kadang kala paksaan perlu digunakan bagi memelihara keamanan. Oleh sebab inilah kita memerlukan polis yang mengenakan paksaan ke atas penjenayah dan anasir anti-sosial untuk memelihara keamanan negara. Islam menggalakkan keamanan. Pada masa yang sama, Islam mengajar penganutnya untuk melawan penindasan. Penentangan terhadap penindasan boleh, pada masa-masa tertentu, memerlukan paksaan. Dalam Islam, paksaan hanya boleh digunakan untuk menggalakkan kesejahteraan dan keadilan.

3. Pendapat sejarawan, Lacy O'Leary.

Jawapan yang terbaik bagi salah faham bahawa Islam disebarkan dengan mata pedang diberikan oleh sejarawan yang terkenal, Lacy O'Leary dalam buku 'Islam At The Cross Road (muka surat 8) :

"Sejarah sudah menjelaskan. Walau bagaimanapun, legenda bahawa Muslim fanatik yang bertebaran di muka bumi ini memaksa orang menerima Islam menggunakan pedang ke atas bangsa-bangsa yang ditakluki merupakan salah satu mitos yang paling tidak masuk akal yang diulang-ulang oleh para sejarawan."

4. Muslim memerintah Sepanyol selama 800 tahun.

Muslim telah memerintah Sepanyol selama 800 tahun. Muslim di Sepanyol tidak pernah menggunakan pedang untuk memaksa orang menganut Islam. Kemudian, soldadu Kristian datang ke Sepanyol dan menghapuskan Muslim. Tidak ada seorang pun Muslim di Sepanyol yang boleh melaungkan azan, iaitu seruan untuk menunaikan solat.

5. 14 juta orang Arab merupakan Kristian Koptik (Qibti)

Muslim merupakan pemerintah tanah Arab selama 1400 tahun. British memerintah selama beberapa tahun, dan Perancis memerintah selama beberapa tahun. Tetapi pada hari ini, terdapat 14 juta orang Arab yang merupakan Kristian Koptik, iaitu Kristian turun temurun. Jika Muslim menggunakan pedang, tidak akan ada seorang pun orang Arab yang beragama Kristian yang tinggal.

6. Lebih daripada 80% bukan Muslim di India.

Muslim memerintah India selama seribu tahun. Jika mereka inginkan, mereka mempunyai kuasa untuk memaksa setiap bukan Islam memeluk Islam. Hari ini, lebih daripada 80% populasi India merupakan bukan Muslim. Semua orang India bukan Muslim ini menjadi saksi bahawa Islam tidak disebarkan dengan mata pedang.

7. Indonesia dan Malaysia.

Indonesia merupakan sebuah negara yang mempunyai bilangan Muslim maksimum di seluruh dunia. Majoriti penduduk Malaysia ialah Muslim. Bolehkah seseorang bertanya, "Siapakah tentera Muslim yang telah pergi ke Indonesia dan Malaysia?"

8. Pantai Timur Afrika.

Islam juga telah tersebar dengan pesat di Pantai Timur Afrika. Seseorang boleh bertanya lagi, jika Islam disebarkan dengan pedang, "Siapakah tentera Muslim yang telah pergi ke Pantai Timur Afrika?"

9. Thomas Carlyle.

Sejarawan terkenal, Thomas Carlyle dalam bukunya 'Heroes and Hero Worship', merujuk kepada salah faham mengenai penyebaran Islam ini : "Sesungguhnya pedang, tetapi di manakah boleh kamu dapati pedang kamu? Setiap pendapat baru, pada mulanya berada dalam minoriti. Dalam kepala seseorang sahaja. Di situ ia duduki. Hanya seorang sahaja di dunia ini yang mempercayainya, dan di situ seorang menentang semua orang. Dia mengambil pedangnya dan cuba untuk menyebarkannya dengan pedang itu, akan memberi hasil yang sedikit untuknya. Anda mesti ambil pedang anda! Secara keseluruhan, satu perkara akan tersebar dengan sendirinya kerana ia boleh."

10. Tiada paksaan dalam agama.

Dengan pedang yang mana Islam disebarkan? Walaupun Muslim memilikinya, mereka tidak boleh menggunakannya untuk menyebarkan Islam kerana al-Quran menyatakan dalam ayat berikut :

"Tiada paksaan dalam agama. Sesungguhnya sudah jelas antara kebenaran dengan kebatilan." (Al-Quran, 2:256)

11. Pedang Intelek.

Ia merupakan pedang intelek. Pedang yang menawan hati-hati dan minda-minda manusia. Al-Quran menyatakan dalam surah an-Nahl, surah ke-16 ayat 125 :

"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan teladan yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik." (Al-Quran, 16:125)

12. Pertambahan agama-agama dunia antara 1934 hingga 1984.

Satu artikel dalam Reader's Digest 'Almanac', iaitu buku tahunan 1986, memberikan statistik pertambahan peratusan agama-agama utama di dunia dalam tempoh setengah abad antara 1934 hingga 1984. Artikel ini juga muncul dalam majalah 'The Plain Truth'. Di tangga teratas merupakan Islam, yang telah meningkat sebanyak 235%, dan Kristian hanya meningkat sebanyak 47 %. Seseorang boleh bertanya, peperangan apa dalam abad ini yang telah menyebabkan berjuta-juta orang memeluk Islam?

13. Islam merupakan agama yang paling cepat berkembang di Amerika dan Eropah.

Hari ini agama yang paling pantas berkembang di Amerika merupakan Islam. Agama yang paling cepat berkembang di Eropah ialah Islam. Pedang yang mana memaksa sejumlah besar orang di Barat untuk menerima Islam?

14. Dr Joseph Adam Pearson.

Dr Joseph Adam Pearson dengan tepatnya berkata, "Orang yang risau bahawa senjata nuklear akan jatuh ke tangan orang arab suatu hari, gagal menyedari bahawa 'bom' Islam sudah pun dijatuhkan, dan ia jatuh pada hari Nabi Muhammad s.a.w. di lahirkan.

*Artikel dicedok dan diterjemahkan daripada buku 'Most Common Questions Asked by Non Muslims' oleh Dr Zakir Naik

Friday 20 December 2013

Menangani Tekanan

Apabila berdepan dengan situasi yang mencabar, adakah anda mendapati diri anda cepat menyalahkan orang lain, memberikan alasan untuk diri anda, atau menjadi mudah sakit hati, marah, terganggu, darah berderau, membenci, cemburu dan defensif? Adakah anda kerap mengadu? Adakah fokus anda lebih kepada apa yang anda tidak inginkan, berbanding apa yang anda inginkan? Adakah anda bersetuju bahawa sebahagian besar pemikiran anda tertumpu kepada emosi negatif yang sudah lepas? Adakah anda mendapati diri anda kerap dikecewakan oleh harapan yang tidak realistik daripada orang lain? Adakah anda meluangkan banyak masa dalam kerisauan dan kekhuatiran? Jika anda mengatakan 'ya' kepada lebih daripada tiga soalan di atas, maka tekanan emosi anda pasti sedang menguruskan anda. Dan jika anda berada dalam situasi tersebut, adalah perkara terbaik untuk anda melakukan sesuatu untuk menguasai keadaan  sebelum ia mempengaruhi anda secara negatif melalui cara-cara yang mendalam.

Penerimaan

Kita sentiasa mendapati diri kita mengikut gerak hati untuk berhenti, dan bukannya mengalir. Ketidakmampuan kita untuk menerima kehidupan sepertimana yang dijalani dan peristiwa-peristiwa yang tidak dijangka berlaku menyebabkan kita terseksa, berasa tewas, risau, meradang dan marah. Apabila kita mampu untuk mengalir dengan detik-detik ini dan menyedari bahawa dengan berhenti, kita akan melalui perkara-perkara yang tidak kita inginkan. Kemudian, kita akan mendapat peluang untuk melangkah ke dalam keajaiban dan kesyukuran dan mula mengharapkan keberkatan. Apabila kita lakukan yang demikian, kita akan menyaksikan keajaiban sementara kehidupan muncul dengan kemungkinan-kemungkinan yang tiada penghujung kepada apa yang kita boleh wujudkan dan saksikan pada masa sekarang.

Tanggungjawab

Hal ini merupakan satu langkah yang besar bagi mana-mana individu untuk menerimanya, jika mereka memainkan permainan 'salah menyalahkan'. Mereka mungkin sudah biasa dengan rasa bersalah ataupun peluang untuk memberikan alasan, dan bukannya mengambil tanggungjawab yang mudah, tidak rumit dan rasional dalam apa yang berlaku dulu dan sekarang. Segala yang berlaku kepada anda dan semua orang yang muncul dalam kehidupan anda mempunyai tujuan dan hikmah. Diri anda yang manakah yang lebih dominan apabila anda ditimpa cabaran dan rintangan ? Jika semua orang dalam hidup anda merupakan guru anda, anda jenis pelajar yang bagaimana? Adakah anda bersedia untuk menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab, adakah anda secara lumrahnya mencari alasan?

Berapa kerapkah anda menggunakan perkataan 'tetapi' dalam ayat-ayat anda? Berhati-hati terhadap bahasa anda dan alasan-alasan anda akan dengan cepat diganti dengan tanggungjawab dan tindakan yang betul. Pada tahap inilah anda menyedari bahawa terdapat banyak nilai dalam mengakui kesalahan dan kesilapan anda serta mengambil pengajarannya dan mengubahnya menjadi kejayaan anda. 'Lebih baik cuba dan gagal daripada gagal mencuba'- dengan tanggungjawab anda mempunyai peluang untuk menzahirkan potensi anda yang tiada sempadan dan tidak terhad dan menjalani kehidupan daripada posisi berkuasa dan kreativiti.

Adakah anda mengetahui apa yang anda inginkan?

Jika anda bangun pagi dan memandu tanpa satu petunjuk ke mana hala tuju anda, adakah anda menganggap ini sebagai kegilaan? Kalau begitu, bagaimana kita habiskan banyak masa dalam hidup tanpa mengetahui ke mana kita tuju dalam hidup kita ataupun apa sebenarnya yang kita inginkan? Apabila anda tidak pasti apa yang anda inginkan, anda cenderung untuk menumpukan apa yang anda tidak inginkan. Jadi, jika anda merupakan hasil kepada apa yang anda tumpukan, bilakah anda akan pasti mengenai apa yang anda inginkan, supaya anda boleh mendapat lebih daripada itu? Anda akan menjadi hasil kepada apa yang anda fikirkan dan rasakan dan tindakan-tindakan yang anda ambil. Niat anda, apa yang anda tumpukan dan tindakan betul yang anda ambil ke arah matlamat anda merupakan faktor yang menentukan kejayaan dalam hidup anda, kerana anda jelas terhadap apa yang anda inginkan. Adalah sangat penting untuk menumpukan perkara-perkara terperinci untuk memastikan anda betul-betul mengejar apa yang anda kehendaki.

Melangkah ke masa sekarang

Kita sentiasa berbicara mengenai kehadiran pada masa sekarang, menghadapi hidup sendiri, tetapi adakah itu semua betul-betul diaplikasikan dalam hidup kita? Kita gelar diri kita manusia, dan ini bermakna kita berada di sini supaya keseluruhan jasad, jiwa dan fikiran kita hadir sebelum kita melaksanakan dan mendapatkan apa-apa. Ramai daripada kita berpengalaman mengejar sesuatu yang kita inginkan - kereta, rumah, kerjaya, ijazah universiti - dan hanya mendapati bahawa selepas mencapai tujuan kita, kebahagiaan tidak dapat dirasai. Kita terlepas keajaiban mewujudkan apa yang kita mahukan.

Kita perlu mampu memberikan diri kita perasaan ingin tahu seperti inkuiri kanak-kanak, selain keterujaan dan kekaguman, dan katakan kepada diri kita 'Saya tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya'. Pada masa yang sama, kita perlu membenarkan diri kita bersifat spontan mengikut gerak hati, walaupun apabila kita berasa kita tidak mempunyai idea bagaimana hasilnya, tetapi masih mengetahui bahawa perjalanan tersebut boleh memimpin kita ke arah apa yang kita kehendaki - dan mungkin banyak lagi. Pada waktu inilah kehidupan menjadi ajaib. Jadi, dalam mengetahui apakah yang ada pada detik itu, berhati-hatilah dengan apa yang anda ungkapkan dan fikirkanlah sementara keajaiban yang anda berani untuk bayangkan sedang menunggu untuk mengejutkan anda. Keupayaan dan kesedaran anda untuk secara berterusan bersedia menghadapi sambutan, kekaguman, kespontanan, kegembiraan, keseronokan dan ketidakpastian akan memberikan anda peluang yang anda perlukan untuk merasakan pengalaman hidup sekarang pada saat ini. Anda akan menemui ganjaran hidup pada masa sekarang apabila anda menikmati dunia anda yang baru.

Mengubah ketakutan menjadi kepercayaan

Apabila kita dengan rela memilih untuk berfikir banyak mengenai masa lalu ataupun masa depan, tanpa kita ketahui kita membenarkan diri kita hidup ataupun kadang-kadang hanyut dalam emosi negatif yang hanya memerangkap diri kita dalam ketakutan dan bahaya. Ilusi yang kita wujudkan untuk diri kita merupakan 'sangkaan salah yang kelihatan benar' (juga dikenali sebagai ketakutan). Ketakutan ini akan digunakan untuk menggerakkan kita atau merosakkan kita. Apabila kita memilih untuk mewujudkan kesedaran mengenai ketakutan yang paling menghalang diri kita, kita juga boleh mencari jalan untuk memecahkan ketakutan itu dan membebaskan diri kita untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Selain itu, kita boleh menggunakan kepercayaan untuk mengatasi ketakutan itu dan menghadapi kehidupan dengan dorongan dan semangat, dengan mengetahui bahawa keberanian dan kepercayaan akan membawa kita melalui apa yang kelihatan mustahil pada waktu itu. Berwaspadalah terhadap minda sedar yang memikirkan sebab dan membuat keputusan - di sinilah di mana kehendak bebas anda dilatih. Kemudian, anda mempunyai minda separa sedar yang menzahirkan dirinya melalui anda, dalam fikiran dan tindakan anda. Minda separa sedar merupakan sebahagian kerohanian anda - ia tidak mempunyai had selain daripada yang anda pilih. Dengan mengetahui perkara ini, anda mampu memilih untuk takut ataupun mengubah ketakutan menjadi kepercayaan. Jadi, menyedari apa yang anda fikir dan rasa akan memberikan anda kesedaran mengenai kuasa yang berada dalam diri anda untuk mewujudkan realiti anda.

Perspektif

Apa yang kita ada sekarang dalam hidup kita ialah hasil daripada perspektif kita. Jika anda memilih perspektif yang tidak memberi kesan kepada anda, sebelum anda ketahui, anda secara sengaja menjadi mangsa kehidupan diri anda, hanya untuk bertanya 'kenapa saya?'. Jadi, soalan tersebut merupakan ialah anda yang memilih untuk melihat melalui cara tertentu. Kerapkali kita merupakan musuh kita yang paling dahsyat. Apabila kita menerima terjemahan kita mengenai cerita kita yang kemudiannya menyekat diri dalam perkara yang tidak kita mahukan. Katakanlah anda kehilangan kerja anda dan apa yang anda boleh fikirkan hanyalah, 'kenapa saya, kenapa ini, kenapa sekarang?'. Kemudian, anda mencari seseorang untuk dipersalahkan kerana ketidakadilan yang anda lihat. Tetapi apabila anda lihat perkara ini dalam diri anda, anda akan menyedari anda mungkin sebenarnya tidak inginkan kerja anda, mungkin anda tidak sukakan waktu kerja, gaji, tugasan, orang yang anda bekerja bersamanya, dan maka, jika anda boleh berlaku jujur terhadap diri anda, anda sebenarnya akan mendapat apa yang anda mahukan. Walau bagaimanapun, oleh sebab anda enggan ataupun tidak mampu menyedari perkara ini, anda duduk dengan perspektif yang mengekalkan diri anda dalam menyalahkan dan mengasihani diri sendiri, dan bukannya fokus terhadap kelebihan-kelebihan tidak mempunyai kerja tersebut dan segala peluang yang menanti anda. Perspektif anda akan ditentukan oleh atitud anda dan kemampuan anda untuk berlaku jujur kepada diri anda, sementara menjadi bertanggungjawab terhadap fikiran dan perasaan anda yang memberikan anda betul-betul apa yang anda punyai sekarang. Ubah perspektif anda dan anda akan mengubah diri anda.

Cinta pada diri sendiri

Tanpa menyedari kepentingan mencintai diri sendiri, anda tidak akan dapat menguruskan tekanan emosi anda kerana keperluan dan pendapat orang lain akan sentiasa menjadi lebih penting daripada nilai diri anda. Melalui cinta terhadap diri sendiri dan penghargaan mencintai diri, kita mampu hidup daripada tempat memenuhi keperluan diri. Ramai daripada kita sudah diberitahu bahawa sifat tidak mementingkan diri sendiri merupakan sifat yang baik dan mementingkan diri sendiri pula tidak baik. Walau bagaimanapun, keseimbangan antara kedua-duanya melengkapkan diri kita., di mana kita mempunyai kuasa sepenuhnya untuk memilih tidak mementingkan diri sendiri dan sebaliknya. Di sinilah di mana kita menjadi selari dengan diri kita di peringkat kerohanian di mana apa-apa keputusan yang kita ambil merupakan sesuatu yang boleh membahagiakan kita.

Kita dianugerahkan oleh Tuhan dengan kehendak bebas, supaya apa-apa perkara yang kita lakukan atau ucapkan merupakan pilihan kita kerana di sana akan sentiasa ada kesannya. Dengan menyedari kesan-kesan ini, kita mampu untuk menguruskan tekanan emosi kita apabila kita mengambil tanggungjawab ke atas hakikat bahawa semua perkara dalam hidup kita pada waktu ini merupakan hasil fikiran dan perasaan kita.

*Artikel dicedok dan diterjemahkan daripada artikel 'Dealing With Stress' oleh Noori Siddiqui

Nationwide Mega Street Dakwah

Taklimat Nationwide Mega Street Dakwah oleh Bro Firdaus Wong Wai Hung



HOW TO START

1. Intention Check-recheck and renew our intention, what we are doing-for Whom?
2. Do focus on sharing, NOT CONVERTING. Guidance is from Allah, our task is share the message
*Remember--we want the quality of message being deliver, NOT the quantity of people we talk to
3. I don't know is Half of Knowledge: When you don't know, admit it in beautiful way, tell them u will try to find the answer for them-show them you are sincere.
4. Expect the unexpected : The unexpected is really unexpected :)
5. Tawakal : Leave the rest to Allah, as you already gave the best.

DO HAVE THESE

1. Patient
2. Avoid Confrontation: We want to win their Heart, not winning the issue
3. Partner- For safety and you will have someone to support you- morally
4. Use simple knowledge
5. Appearance [check bau badan, NO selipar allowed, avoid gejala menyembur]
6. Finds point to be agreed upon, similarities bring us closer to one another
7. Acknowledge their intelligence, make them feel appreciated
8. Personnel. Name [write their name, REMEMBER their name, be friend with them]
9. Find out their belief-via the techniques of [ How did you know about this] etc.
10. Avoid obstacle
NEVER DO THESE

1. Attacking
2. Annoy prospect
3. Interrupt Partner
4. Falsify, exaggerate information
5. Make judgement based on look. [Just share the message, regard their appearance, know that once,in Japan- a Yakuza- He then reverts and become the Imam  of Tokyo Mosque]
6. Politic Issue. Avoid it.


During Street Dakwah Sharing
Be a good listerner, understand ur prospect, If u LISTEN WELL, you will KNOW,  Where they come from, know what they NEED, know what u can FEED them

LAST but not least, do propagate the positive vibe to the people around, make your sharing in Street Da'wah the FUN way. It will be wonderful and InshaAllah, it will works well.

Thursday 19 December 2013

Soalan-soalan Lazim yang Ditanya oleh Bukan Muslim Bahagian 3 : Hijab Untuk Wanita

Soalan : Mengapakah Islam merendahkan nilai wanita dengan memerintahkan mereka menyelubungi diri mereka dengan pakaian?

Jawapan :

Status wanita dalam Islam merupakan sasaran serangan oleh media sekular. Hijab ataupun pakaian Islam dinyatakan oleh ramai orang sebagai 'penaklukan' terhadap wanita bawah undang-undang Islam. Sebelum kita menganalisa sebab pemakaian hijab yang diperintahkan agama, mari kita kaji status wanita dalam masyarakat sebelum kedatangan Islam.

Wednesday 18 December 2013

Soalan-soalan Lazim yang Ditanya oleh Bukan Muslim Bahagian 2 : Poliandri

Soalan : Jika lelaki dibenarkan beristeri lebih daripada seorang, mengapakah Islam melarang wanita bersuami lebih daripada seorang?

Jawapan :

Ramai orang, termasuk Muslim, mempersoalkan kebenaran lelaki untuk berkahwin lebih daripada seorang dan  menafikan hak yang sama terhadap wanita.

Tuesday 17 December 2013

18 Tips Untuk Memupuk Sifat Mulia

1. Jangan hadkan diri anda kepada kata-kata yang menusuk dan kenyataan kerohanian yang mendalam, tetapi persiapkan diri anda untuk menghadapi kehidupan di alam akhirat sebelum ajal tiba, di mana kata-kata yang halus akan hilang dan bilangan rakaat yang anda solat pada waktu siang mahupun malam akan kekal.




2. Lakukan kebajikan secara sukarela sebanyak mungkin, kerana kewajipan anda bukan hanya zakat. Sediakan peruntukan untuk kehidupan selepas mati dengan memberi sementara anda masih sihat dan mahu bergantung pada harta kerana takutkan kemiskinan semasa anda masih hidup. Allah Yang Maha Tinggi berfirman, "Dan barangsiapa yang berjaga-jaga terhadap kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang yang beruntung." (Al-Quran, 59:9)

3. Jangan taati sesiapa daripada kalangan hamba Allah, termasuklah ibu atau bapa, dalam hal-hal yang melanggar perintah Allah, kerana tiada ketaatan kepada makhluk dalam kemaksiatan kepada Sang Pencipta.

4. Jangan lakukan kesalahan terhadap orang lain, kerana kesalahan yang dilakukan ialah awan-awan kegelapan pada Hari Kiamat. Kesalahan terhadap orang lain termasuklah tidak melakukan apa yang Allah wajibkan ke atas anda untuk mereka.

5. Berhati-hati dalam permusuhan terhadap sesiapa yang mengucapkan, 'La ilaha illa Allah' (Tiada Tuhan melainkan Allah), kerana Allah telah memuliakan mereka dengan keimanan, dan yang lebih utama lagi, orang yang berakhlak daripada mereka, kerana Allah Yang Maha Tinggi telah berfirman dengan tegasnya dalam satu hadis qudsi yang sahih, "Orang yang memusuhi kekasih-Ku akan Aku peranginya."

6. Ucapkan yang benar apabila kamu berbicara. Jika anda menyatakan sesuatu apabila saudara anda merasakan anda benar, sedangkan anda sedang berlaku sebaliknya, perbuatan ini merupakan satu pengkhianatan yang besar.

7. Jujur dalam berpakaian. Satu kebiadaban terhadap Allah jika anda muncul di hadapan hamba-hamba-Nya dengan bertopengkan kebaikan sedangkan anda sebenarnya menyembunyikan perbuatan yang keji.



8. Baca al-Quran dan tadabbur (fikirkan) maknanya. Lakukan refleksi apabila anda sedang membaca kualiti-kualiti yang Allah puji, yang dengannya Allah menerangkan orang-orang yang Dia kasihi. Usahakan kualiti ini dan jauhi ciri-ciri yang Allah cela. Lakukan yang terbaik untuk menghafal al-Quran melalui perbuatan sepertimana yang anda lakukannya melalui perkataan.

9. Jangan terangkan ayat al-Quran melalui pendapat anda, tetapi semak bagaimana ia difahami oleh para ulama dalam Undang-undang Suci dan mereka yang bijak yang anda temui. Jika anda fahaminya dengan cara selain yang mereka fahami dan apa yang anda fahami itu bertentangan dengan Undang-undang Suci, tinggalkan pendapat anda dan lemparkannya ke dinding.

10. Berhati-hati untuk tidak mengucapkan apa-apa yang tidak selari dengan Undang-undang Suci.  Ketahuilah bahawa tahap tertinggi manusia sempurna ialah Muhammad s.a.w..

11. Berjaga-jaga untuk memakan makanan halal yang diperoleh dengan pendapatan yang halal, kerana keseluruhan badan seseorang orang yang memakan yang halal mempunyai pendengaran, penglihatan, kaki dan tangan yang cenderung untuk mentaati Allah sama ada dia kehendaki atau tidak ; manakala badan seseorang yang memakan benda yang haram cenderung untuk jatuh ke lembah keharaman sama ada dia kehendaki atau tidak.




12. Sentiasa ingati Allah Yang Maha Besar mengenai apa yang Dia ambil daripada anda dan berikan kepada anda. Dia tidak mengambil melainkan supaya anda bersabar dan mendapatkan keredaan-Nya, kerana Dia kasihi mereka yang bersabar, dan apabila Dia mengasihi anda, Dia akan menganggap anda seperti kekasih-Nya. Dan demikian juga, jika Dia berikan kepada anda, Dia melimpahkan rahmat ke atas anda supaya anda bersyukur, kerana Dia mengasihi mereka yang bersyukur.

13. Jangan melangkah, mengunyah atau bergerak tanpa berniat untuk mendekati Allah.

14. Lakukan zikir mengingati Allah secara senyap atau jelas, di dalam kumpulan atau bersendirian, kerana Allah Yang Maha Tinggi berfirman, "Ingatilah Aku, nescaya Aku akan mengingati-Mu." (Al-Quran, 2:152)

15. Ucapkan kalimah 'La ilaha illa Allah' sekerap mungkin,  kerana ia merupakan zikir yang paling besar, seperti yang dinyatakan dalam hadis, "Perkara terbaik yang pernah aku atau nabi-nabi sebelumku ucapkan ialah 'La ilaha illa Allah'.

Dan dalam satu hadis qudsi, "Jika tujuh langit dan tujuh bumi diletakkan di satu bahagian pada dacing dan kalimah 'La ilaha illa Allah' diletakkan pada yang satu lagi, berat kalimah tersebut sudah tentu akan melebihi yang lainnya."

16. Latih anak-anak anda dengan akhlak Islamiyyah supaya mereka membesar menjadi Muslim yang mencintai Islam dan menghormati agama ini.

17. Jangan cari kedudukan di bumi, tetapi dapatkan kerendahan hati pada mana-mana tahap yang Allah telah angkat anda kepadanya. Kerana Allah telah keluarkan kamu daripada bumi ini, daripada ibumu, dan amatlah tidak patut untuk anda mengangkat diri anda melebihi ibu anda. Sepertimana yang dinyatakan dalam hadis, "Allah tidak akan mengangkat kedudukan apa-apa pun di dunia ini, melainkan dia akan merendahkannya semula."




18. Sentiasa ziarahi mereka yang sakit, kerana ia membantu seseorang bermuhasabah diri dan menerima nasihat, kerana seseorang yang sakit sangat dekat dengan Allah. Seseorang perlulah mengambil kira bahawa orang yang sakit itu tiada sesiapa untuk diminta melainkan Allah, tiada sesiapa untuk difikirkan melainkan Allah, dan keadaannya mengingatkan orang yang sihat.

*Artikel dicedok dan diterjemahkan daripada artikel '18 Tips to Develop Noble Character' oleh Shaykh Muhammad Sa'id Burhani
Back to top ↑
Connect with Us

    Popular Posts

    Pages

    Powered by Blogger.

    Flickr

What they says

© 2013 Hidayah Centre Johor. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.